Ini Gambaran Sebenar Hadir Temuduga Guru COS Di IPG, Dari Pendaftaran Sampai Mock Teaching •Ijazah Tidak Lagi Jamin Kerja? Ini Realiti Graduan Malaysia Yang Ramai Perlu Faham •Cara Buat Setem Gambar Sendiri Pos Malaysia Guna Personalised Setem Ku •Perkongsian Panel Temuduga SPP 2026: Ini Teguran Penting Untuk Calon Guru Sebelum Masuk Bilik Temuduga •Syarat Simpanan RM15,000 Tabung Haji 2026: Ini Maksud Sebenar Untuk Bakal Jemaah • Ini Gambaran Sebenar Hadir Temuduga Guru COS Di IPG, Dari Pendaftaran Sampai Mock Teaching •Ijazah Tidak Lagi Jamin Kerja? Ini Realiti Graduan Malaysia Yang Ramai Perlu Faham •Cara Buat Setem Gambar Sendiri Pos Malaysia Guna Personalised Setem Ku •Perkongsian Panel Temuduga SPP 2026: Ini Teguran Penting Untuk Calon Guru Sebelum Masuk Bilik Temuduga •Syarat Simpanan RM15,000 Tabung Haji 2026: Ini Maksud Sebenar Untuk Bakal Jemaah •

Semakan Keputusan Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat

Oleh Cikgu Shaari • December 23, 2022 • 2 min baca

Semakan Keputusan Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat telah dibuka pada Ogos 2022 untuk calon yang melanjutkan pengajian pendidikan peringkat tinggi dari Ijazah Sarjana Muda, Sijil Profesional dan Ijazah Sarjana bagi warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.

Tujuan pembiayaan ini disediakan adalah bagi membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar mendapatkan pendidikan di peringkat IPTA dan IPTS dalam negara.

Terkini, pelajar yang telah buat permohonan dah boleh buat semakan keputusan permohonan secara online.

KADAR PEMBIAYAAN

Kadar pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Peringkat Sijil Kemahiran: Sehingga RM30,000 untuk 3 tahun [RM400 sebulan + Yuran Pengajian]
  • Peringkat Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5,000) [ Yuran Pengajian + Elaun]
  • Peringkat Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6,500) [Yuran Pengajian+Elaun]
  • Peringkat Profesional: Maksimum RM28,500 untuk 2 tahun [Yuran Pengajian+Elaun]
  • Peringkat Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun [Yuran Pengajian+Elaun]
  • Peringkat PhD: Maksimum RM55,800 bagi tempoh 2 tahun [RM800 sebulan + Yuran Pengajian]

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PPBU

Semakan keputusan permohonan pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Fasa 2 2022 boleh dibuat pada:

  • Mulai 23 Disember 2022

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Semakan keputusan permohonan bagi pembiayaan Yayasan Bank Rakyat boleh dibuat dengan ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan https://application.yayasanbankrakyat.com.my/
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan untuk permohonan sebelum ini
  3. Semak status permohonan melalui laman tersebut

PEMBAYARAN SEMULA PINJAMAN

Kadar pembayaran semula pinjaman adalah mengikut keputusan CGPA peminjam seperti berikut:

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Bank Rakyat Kini Dibuka

Untuk maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah, anda boleh terus ke laman web www.yayasanbankrakyat.com.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.