Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Cara Mohon Jawatan Penaksir Ar Rahnu TEKUN Dengan Minima Kelayakan SPM

Oleh Cikgu Shaari • December 23, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Penaksir Ar Rahnu TEKUN Dengan Minima Kelayakan SPM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

AR RAHNU TEKUN adalah satu produk pembiayaan gadaian patuh syariah jangka pendek (Qardh) di mana pelanggan / usahawan akan mencagar barangan emas atau barang kemas mengikut jenis emas yang diterima (rujuk senarai Emas) sebagai cagaran bagi pembiayaan yang diberikan.

Terkini, Ar Rahnu TEKUN membuka peluang kerja sebagai penaksir Ar Rahnu TEKUN  kepada lepasan SPM bagi menjalankan kerja dan tugas penaksir dan pemasaran. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman JobStreet.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: TEKUN Nasional
  • Nama jawatan: Penaksir Ar Rahnu
  • Tarikh tutup permohonan: Rujuk iklan

TUGAS PENAKSIR AR RAHNU TEKUN

Lantikan sebagai Penaksir TEKUN Nasional ditugaskan untuk menjalankan kerja dan tugas penaksir dan pemasaran. Sebagai seorang Penaksir, skop tugas calon adalah untuk mempromosi produk dan perkhidmatan TEKUN Nasional dan sebagaimana yang dinyatakan di Skop Tugas.

  • Menjalankan tugas harian sebagai penaksir emas di cawangan
  • Mengendalikan aktiviti perniagaan / jualan dan pemantauan di cawangan;
  • Memantau sasaran cawangan, mencadangkan pelan tindakan untuk mencapai sasaran cawangan;
  • Menyelia, mengendalikan dan memantau aktiviti promosi produk;
  • Menerima arahan dari semasa ke semasa dari Jabatan / Pengurus Cawangan / Penolong Pengurus Cawangan;
  • Boleh bekerja secara berpasukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan;
  • Berdisiplin dan mematuhi undang-undang dan polisi syarikat; dan
  • Berpenampilan kemas dan menarik.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mohon jawatan penaksir adalah:

Penaksir Ar-Rahnu

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 22 hingga 30 tahun
  • Berkelulusan minima SPM/ STPM/ Diploma atau lepasan graduan dan WAJIB kredit dalam Bahasa Melayu
  • Lepasan graduan adalah sangat digalakkan memohon
  • Mempunyai lesen memandu Kelas B2 atau D
  • Boleh bekerjasama secara individu dan kumpulan
  • Berpenampilan menarik dan kemas
  • Calon kehendaki untuk kerja luar (sekiranya perlu)

Kerani Akaun

  • Terbuka kepada warga negara Malaysia sahaja;
  • Lulus SPM
    i)( WAJIB Kredit Bahasa Melayu DAN LULUS Matematik);
    ii) WAJIB mempunyai Diploma dalam bidang PERAKAUNAN (ACCOUNTING) SAHAJA, keutamaan kepada calon yang mempunyai latar belakang dan pengalaman sebagai kerani akaun;
  • Berumur 22 tahun ke atas hingga 30 tahun sahaja;
  • Mempunyai lesen memandu (B2 atau D);
  • Seorang yang aktif
  • Boleh kerja secara berkumpulan & individu; dan
  • Sertakan RESUME TERKINI & SALINAN KELULUSAN PENDIDIKAN (SPM / DIPLOMA & dll.)

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan dan berkelayakan, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui laman JobsStreet. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.