“Keputusan SPM Agak Bagus, Kenapa Tak Sambung Belajar?” Ini Contoh Jawapan Untuk Temuduga Kerajaan

Keputusan SPM agak baik, tetapi tidak semua orang berpeluang untuk sambung belajar atas beberapa faktor. Faktor yang biasa menjadi penyebab ramai orang tidak berpeluang sambung belajar adalah kewangan atau keluarga. Jika keputusan SPM anda agak baik, anda mungkin akan dinyata dalam temuduga kerajaan kenapa tidak sambung belajar.

Soalan ini diberi untuk uji cara calon jawab soalan. Jadi, calon mestilah bijak mengendalikan soalan seperti ini! Pastikan anda tetapkan matlamat utama anda sekiranya sambung belajar jika ditanya soalan ini. Jangan hanya sekadar beri jawapan dengan matlamat untuk menagih simpati panel.

Macam mana nak jawab dan tetapkan matlamat untuk jawab soalan ini? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan menjawab dan contoh jawapan yang sesuai.

PANDUAN JAWAB SOALAN

Pastikan anda TIDAK beri jawapan seperti berikut:

  • Saya tidak berminat untuk sambung belajar
  • Tiada peluang untuk saya sambung belajar

Pastikan anda terapkan dalam diri anda BERMINAT untuk sambung belajar dengan MATLAMAT:

  • Sambung belajar untuk MAJUKAN DIRI supaya kerja akan lebih berkualiti dan produktiviti yang baik

CONTOH JAWAPAN

Berikut adalah contoh soalan yang sesuai sekiranya ditanya soalan sebab tidak sambung belajar:

Saya berasal dari keluarga yang susah, dan saya juga merupakan anak sulung. Jadi sebab saya tidak sambung belajar buat masa sekarang dan memilih untuk bekerja adalah kerana ingin meringankan beban keluarga, dan dalam masa yang sama saya dapat membantu adik-adik saya untuk sambung belajar.

Anda boleh tambah MATLAMAT anda sekiranya diberi sambung belajar seperti berikut:

Saya memang ada cita-cita untuk sambung belajar, buat masa ini saya nak fokus kepada pekerjaan dahulu. Jika ada peluang dan rezeki, saya akan sambung belajar. Saya percaya dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada, saya dapat berkhidmat untuk kerajaan dan masyarakat. Sekiranya ada peluang untuk sambung belajar, saya akan mempertingkatkan lagi mutu, kualiti dan produktiviti saya dalam perkhidmatan awam.

Baca juga: “Mengapa Anda Berminat Dengan Kerja Kerajaan?”. Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini

Jangan hanya sekadar beri jawapan yang ringkas dengan menyatakan anda tidak berkemampuan. Pastikan anda lengkapkan jawapan anda dengan matlamat sekiranya diberi peluang untuk sambung belajar.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma