Kenapa Saya Di Saman Ketika PKP? Sedangkan Saya Tak Boleh Perbaharui Lesen Kerana Kaunter Tutup?
Sepanjang tempoh PKP, banyak pejabat yang ditutup sementara sehingga tamatnya tempoh PKP bagi mengelakkan rakyat bersesak membuat urusan mana-mana pejabat. Seperti pejabat lain juga, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) juga ditutup sementara.
Jadi jika lesen mati atau roadtax mati macam mana pula? Adakah kita akan disaman atas kesalahan memandu dengan lesen atau roadtax yang mati tempoh PKP? Tetapi peliklah jika disaman kerana kita pejabat JPJ tutup untuk kita buat urusan hidupkan lesen atau roadtax kita.
Ketahui penjelasan kepada persoalan sebegini di perkongsian bawah
Kenapa Saya Di Saman Ketika PKP? Sedangkan Saya Tak Boleh Perbaharui Lesen Kerana Kaunter Tutup?
Persoalan ini kini dijawab oleh Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan bagi MyGCC yang sedia membantu rakyat yang dalam kekeliruan.
Menurut Johnny, dia telah disaman Polis akibat lesen memandunya mati pada 1 Januari. Dia keliru kerana dia tidak dapat perbaharui lesen jika kaunter JPJ tutup sepanjang PKP dan dia merasakan dirinya tidak patut disaman.
Siti menjelaskan bahawa jika lesen tamat tempoh ketika dalam tempoh PKP, anda tidak akan disaman. Tetapi jika lesen anda tamat sebelum tempoh PKP anda boleh disaman kerana lesen anda mati sebelum tempoh PKP. Anda juga boleh memperbaharui lesen secara online melalui laman MySikap. Hanya pengguna yang berdaftar sahaja boleh memperbaharui lesen.
Jelas jawapan Siti menyatakan bahawa jika lesen anda mati sebelum tempoh PKP, anda akan disaman. Logiklah kerana anda sepatutnya perbaharui lesen anda sebaik sahaja lesen anda mati. Manakala jika lesen anda mati dalam tempoh PKP, anda terlepas kerana kaunter JPJ tutup untuk membuat urusan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua. Jangan risau, pihak Polis juga faham jika lesen anda mati dalam tempoh PKP.