Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Gaji MySTEP Bakal Dinaikkan RM100, Ini Kadar Baharu Gaji MySTEP Ikut Kelayakan Serta Kelebihannya

Oleh Cikgu Shaari • October 11, 2022 • 2 min baca

Gaji MySTEP Bakal Dinaikkan RM100, Ini Kadar Baharu Gaji MySTEP Ikut Kelayakan Serta Kelebihannya
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sejak inisiatif MySTEP dilaksanakan, ia telah berjaya menawarkan lebih 118 ribu peluang pekerjaan. Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2023 mengumumkan akan meneruskan pelaksanaan MySTEP dengan menawarkan 50 ribu peluang kerjaya secara kontrak merangkumi 15 ribu dalam sektor awam dan 35 ribu melalui GLC.

Tempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023. Sukacita juga dimaklumkan bahawa gaji MySTEP akan dinasikkan sehingga RM2,100!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kenaikan gaji MySTEP seperti diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023.

KADAR KENAIKAN GAJI MYSTEP

Bermula tahun 2023, gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak:

  • Kadar kenaikan: RM100

Iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100 berbanding RM1,400 sehingga RM2,000 sebelum ini.

KADAR GAJI MYSTEP 2023 MENGIKUT KELAYAKAN

Berikut adalah kadar gaji MySTEP bermula tahun 2023 dengan kenaikan RM100 mengikut kelayakan:

  • Setaraf Ijazah Sarjana Muda: RM2,100
  • Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia: RM1,900
  • Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia: RM1,700
  • Tiada Sijil Pelajaran Malaysia: RM1,500

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Antara kemudahan yang disediakan kepada personel MySTEP adalah:

  • Cuti Rehat: 12 hari setahun – Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
  • Cuti Sakit: 14 hari setahun – tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
  • Perlindungan Sosial: Caruman KWSP dan PERKESO – Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

KELEBIHAN INISIATIF MYSTEP

Ramai yang pandang rendah tentang program MyStep kerana program ini merupakan program jangka pendek. Tetapi sebenarnya banyak kelebihan lain seperti:

  • Peluang bekerja dengan kerajaan dan GLC besar
  • Berpeluang sambung perkhidmatan jika prestasi baik sepanjang program
  • Elaun bulanan dan pelbagai kemudahan disediakan
  • Peluang cari ilmu baru dalam pekerjaan terutama fresh gradate yang masih belum ada pengalaman
  • Boleh jadikan pengalaman kerja yang boleh dikemaskini dalam resume

Baca juga: Boleh Ke MySTEP Diserap Kerja Kerajaan Jika Prestasi Baik? Ini Penjelasannya & Kelebihan MySTEP

eluarga Malaysia akan terus disediakan dengan peluang mengikuti pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula bagi mempersiap diri memenuhi kehendak pasaran kerja.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.