Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

PETRONAS Umum Kenaikan 2 Kategori Elaun Pelajar Di Bawah Tajaan PETRONAS

Oleh Cikgu Shaari • September 21, 2022 • 2 min baca

PETRONAS Umum Kenaikan 2 Kategori Elaun Pelajar Di Bawah Tajaan PETRONAS
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sejak tahun 1975, PETRONAS telah menaja lebih daripada 37,000 pelajar yang layak melalui pelbagai jenis penajaan terutamanya melalui tawaran biasiswa PETRONAS. Tajaan ini terus dilaksanakan oleh pihak PETRONAS untuk memupuk bakat yang tepat untuk syarikat, industri dan negara.

Berita baik buat pelajar pengajian tinggi di bawah tajaan PETRONAS! PETRONAS telah mengumumkan akan menaikkan 2 kategori elaun bagi pelajar di bawah tajaan mereka. Kenaikan elaun ini melibatkan 2,267 orang berkuat kuasa serta merta.

Ikuti perkongsian di bawah untuk makluman kenaikan elaun pelajar di bawah tajaan PETRONAS.

KENAIKAN ELAUN TAJAAN PETRONAS

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kenaikan elaun PETRONAS ini adalah melibatkan 2 kategori tersebut:

  • Kategori pertama
    – Kenaikan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia
    – Tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara
  • Kategori kedua
    – Melibatkan pelajar yang baru menerima penajaan Program Penajaan Pendidikan Pendidikan PETRONAS (PESP)
    – Elaun induksi akan dinaikkan daripada RM4,500 kepada RM5,000

Kenaikan kedua-dua elaun ini mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi, dan bantuan ini diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa, seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar.

Tajaan ini diharap dapat mendorong anda mengorak melangkah lebih jauh untuk menggapai cita-cita dan pulang dengan kejayaan, serta seterusnya menabur bakti kepada industri dan negara yang tercinta.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.