Senarai Kemudahan & Kadar Bayaran Ikut Kelayakan Untuk Pekerja MySTEP 2022

Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan inisiatif MySTEP sebagai langkah jangka pendek untuk menangani isu pengangguran, membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat yang seterusnya akan membantu Kerajaan dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik secara amnya.

Dalam pembentangan Bajet 2022, Kerajaan telah memutuskan meneruskan lagi inisiatif MySTEP ini dengan penyediaan 80,000 penempatan MySTEP di bawah inisiatif JaminKerja. Sehingga kini kita dapat lihat setiap hari pasti ada iklan jawatan Personel MySTEP ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan GLC.

Apa kemudahan yang disediakan kepada pekerja MySTEP dan berapa kadar bayaran bulanan yang diterima? Jika nak tahu, ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: Perbezaan Antara Pekerja Sambilan Harian (PSH) Dengan Personel MySTEP Yang Anda Perlu Tahu

APA ITU MYSTEP

MySTEP adalah program diumumkan oleh kerajaan sebelum ini yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya.

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  • Penempatan di Sektor Awam
  • Penempatan di GLCs dan rakan strategiknya

Tempoh kontrak perkhidmatan MySTEP biasanya:

  • Sektor awam: 1 – 12 bulan
  • GLC dan rakan strategiknya: 6 – 12 bulan

Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​

KADAR BAYARAN BULANAN

Kadar upah yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian/ Jabatan/ GLC/ Rakan Strategik:

  • Setaraf Ijazah Sarjana Muda: RM2,000
  • Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia: RM1,800
  • Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia: RM1,600
  • Tiada Sijil Pelajaran Malaysia: RM1,400

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Antara kemudahan yang disediakan kepada personel MySTEP adalah:

  • Cuti Rehat: 12 hari setahun – Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
  • Cuti Sakit: 14 hari setahun – tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
  • Perlindungan Sosial: Caruman KWSP dan PERKESO – Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

KELEBIHAN INISIATIF MYSTEP

Ramai yang pandang rendah tentang program MyStep kerana program ini merupakan program jangka pendek. Tetapi sebenarnya banyak kelebihan lain seperti:

  • Peluang bekerja dengan kerajaan dan GLC besar
  • Berpeluang sambung perkhidmatan jika prestasi baik sepanjang program
  • Elaun bulanan dan pelbagai kemudahan disediakan
  • Peluang cari ilmu baru dalam pekerjaan terutama fresh gradate yang masih belum ada pengalaman
  • Boleh jadikan pengalaman kerja yang boleh dikemaskini dalam resume

Baca juga: Boleh Ke MySTEP Diserap Kerja Kerajaan Jika Prestasi Baik? Ini Penjelasannya & Kelebihan MySTEP

CARA MOHON JAWATAN MYSTEP 2022

Untuk mohon jawatan MySTEP yang ditawarkan sepanjang tahun 2021 dan 2022, anda boleh lihat iklan-iklan yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan atau GLC yang mengambil bahagian. Anda boleh dapatkan iklan-iklan jawatan yang TERKINI yang dikemaskini sepanjang masa di laman berikut:

Permohonan jawatan MySTEP di agensi kerajaan atau GLC biasanya perlu dibuat melalui email. Namun pemohon diingatkan untuk ikut format emeil yang betul untuk membuat permohonan jawatan MySTEP 2022. Rujuk:

Buat graduan atau pencari kerja di luar sana, jangan sia-siakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini. Melalui MySTEP, anda mungkin boleh berpeluang mendapatkan kerja secara tetap atau dapatkan pengalaman kerja yang boleh dijadikan pasaran untuk mencari kerja nanti.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma