Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Daftar Haji Secara Online Tanpa Ke Kaunter. Boleh Daftar Untuk Anak Sekali

Oleh Cikgu Shaari • November 10, 2021 • 3 min baca

Cara Daftar Haji Secara Online Tanpa Ke Kaunter. Boleh Daftar Untuk Anak Sekali
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dengan kemudahan yang ada kini, anda bukan sahaja boleh buka akaun Tabung Haji secara atas talian, anda juga boleh DAFTAR Haji secara atas talian tau! Tak perlu ke kaunter pun, anda boleh daftar melalui akaun THiJARI dengan mudah. Anda juga boleh daftarkan untuk anak sekali.

Bagi yang masih salah faham, buka akaun Tabung Haji tidak bermakna anda sudah daftar Haji ya. Anda perlu buat pendaftaran Haji secara online atau manual di kaunter Tabung Haji. Nak tunggu giliran bukannya sekejap, jadi anda dinasihatkan untuk daftar dengan kadar segera bagi mengelakkan giliran Haji anda terlalu lambat nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat pendaftaran Haji secara atas talian.

SYARAT PENDAFTARAN HAJI

Antara syarat-syarat umum pendaftaran Haji adalah:

  • Mempunyai amaun simpanan minima RM1,300 dan pembekuan wang sebanyak RM1,300 untuk pendaftaran Haji
  • Status TH hendaklah aktif
  • Pemohon hanya boleh membuat permohonan sekiranya pemohon tidak pernah menunaikan Haji atau pemohon telah menunaikan Haji lebih dari 5 tahun

DAFTAR HAJI PERCUMA TANPA DEPOSIT RM1,300

Pasti ada di antara kita yang teringin nak daftar Haji awal, tetapi semua tahu bahawa jika nak daftar Haji, kita kena cukupkan simpanan sebanyak RM1,300 dahulu dalam akaun Tabung Haji. Itu lah masalah yang dihadapi oleh ramai orang kerana RM1,300 bukan satu jumlah yang kecil bagi sesetengah orang.

Tahu tak, sebenarnya anda boleh membuat pendaftaran Haji melalui KWSP dan anda hanya perlu mempunyai RM1,300 di dalam akaun 1 KWSP.

Rujuk: Syarat & Panduan Buat Pendaftaran Haji Tanpa Deposit RM1,300

CARA DAFTAR HAJI SECARA ONLINE

Untuk makluman anda, terdapat 2 kaedah untuk anda buat pendaftaran Haji iaitu secara manual ataupun online.

Secara manual

  • Hadir ke kaunter Tabung Haji

Secara online

Bermula 5 Februari 2020, Tabung Haji telah melancarkan platform perkhidmatan digital terbaharu dikenali sebagai “THiJARI” untuk memudahkan para pendeposit TH dengan penyediaan pelbagai kemudahan termasuk semakan baki akaun TH.

Bagi yang dah ada akaun Tabung Haji tetapi belum pernah daftar THiJARI, anda boleh DAFTAR THiJARI sekarang untuk gunakan kemudahan yang disediakan.

Bagi yang dah ada akaun THiJARI, ikut panduan berikut untuk daftar Haji secara online:

  1. Login ke akaun THiJARI di laman https://www.thijari.com.my/
  2. Pergi ke menu Perkhidmatan Haji
  3. Klik Pendaftaran Haji

  4. Klik ikon Tambah Pemohon
  5. Isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap
  6. Buat pengesahan maklumat yang didaftarkan
  7. Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya
  8. Tahun diperuntukkan untuk menunaikan Haji akan dimaklumkan

Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati di laman tersebut.

Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

Untuk maklumat lanjut atau sebarany pertanyaan mengenai pendaftaran Haji,  anda boleh terus ke kaunter Tabung Haji yang terdekat.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.