Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Daftar Selangor Freelance: Latihan Kemahiran Percuma & Terima RM400 Selepas Latihan 2 Hari

Oleh Cikgu Shaari • November 9, 2021 • 2 min baca

Daftar Selangor Freelance: Latihan Kemahiran Percuma & Terima RM400 Selepas Latihan 2 Hari
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Inisiatif Selangor Freelance menawarkan 5,000 peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital sekali gus menjana pendapatan tambahan. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu merupakan kerjasama antara sebuah platform pekerja bebas terkemuka, Workana dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerjaan.

Inisiatif ini merupakan komitmen kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor yang terjejas dan hilang pendapatan disebabkan Covid-19. Selangor Freelance disenaraikan bawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara buat pendaftaran.

OBJEKTIF PROGRAM

Berikut adalah objektif pelaksanaan program Selangor Freelance:

  • Wujud kesedaran dan memberi Insentif kepada warga Selangor menyertai ekonomi gig digital
  • Berdaya saing dalam ekonomi gig
  • Meningkatkan keboleh pasaran warga Selangor
  • Menyediakan akses kepada peluang pekerjaan yang lebih baik
  • Melatih warga Selangor cara memanfaatkan ekonomi gig digital

MANFAAT PROGRAM

Melalui program Selangor Freelance, peserta akan menerima manfaat seperti berikut:

  • 5,000 peluang latihan dan kemahiran percuma untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama 2 hari
  • Terima insentif RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut
  • Berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform bekenaan

SYARAT KELAYAKAN

Pendaftaran adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Menetap di Selangor
  • Individu yang sudah bekerja atau belum bekerja boleh mohon

CARA DAFTAR SELANGOR FREELANCE

Sekiranya anda rakyat Selangor berminat untuk sertai latihan kemahiran yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut:

Menteri Besar Selangor berharap inisiatif ini dapat memberikan warga Selangor berdaya saing untuk mendapatkan pekerjaan di platform kerja seperti Workana dan memperoleh pendapatan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.