Insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020. Manfaat Untuk Anda Beli Rumah

Bagi merancakkan pasaran hartanah yang mula terkesan dengan wabak COVID-19, Kerajaan telah memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2.0  bagi membantu pemaju menjual projek hartanah kediaman.

Langkah memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan menarik lebih ramai pembeli kali pertama ke dalam pasaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020 dan insentif dalam kempen ini yang disediakan oleh Kerajaan di bawah Pelan PENJANA.

APA ITU KEMPEN PEMILIKAN RUMAH (HOC) 2020?

Fokus utama Home Ownership Campaign (HOC) adalah untuk membantu bakal pemilik rumah menceburi pasaran hartanah. Ibarat sambil menyelam minum air, inisiatif ini sekali gus dapat mengurangkan jumlah hartanah yang tidak terjual di dalam pasaran.

Kempen ini pernah diperkenalkan dan dijalankan pada 1 Januari 2019 sehingga 30 Jun 2019 dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2019. Namun, sekarang Perdana Menteri dalam pengumumannya pada Ahad lepas memperkenalkan kempen ini semula pada tahun ini.

Insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020

Bagi memenuhi hasrat rakyat Malaysia yang ingin memiliki rumah terutamanya di kawasan bandar yang membangun, inisiatif HOC bertujuan memudahkan rakyat untuk memiliki rumah impian.

SENARAI INSENTIF KEMPEN HOC 2019

HOC bertujuan untuk mendorong pembelian harta tanah tertentu dengan sokongan insentif kewangan utama. Antara insentif HOC tahun 2019 adalah:

1. Pengecualian duti setem penuh sehingga RM1 juta
Di bawah skim ini, pemohon yang berjaya akan menikmati pengecualian duti setem 100% pada Instrumen Pindahan untuk sebarang pembelian rumah kediaman bernilai sehingga RM1 juta.

2. Pengecualian duti setem separa sehingga RM2.5 juta
Untuk harta tanah bernilai lebih dari RM1 juta hingga RM2.5 juta, anda hanya perlu membayar duti setem sebanyak 3% pada Instrumen Pindahan.

Insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020

3. Instrumen untuk mendapatkan pengecualian pinjaman
Semua pembeli harta tanah dalam skema HOC akan menikmati pengecualian duti setem pada Instrumen Melindungi Pinjaman.

Insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020

4. Diskaun 10% rumah
Selain pengecualian duti setem, anda akan menikmati pengurangan minimum 10% pada harga pembelian harta tanah yang disenaraikan di bawah skema HOC.

SENARAI INSENTIF KEMPEN HOC 2020

Bagi HOC yang diperkenalkan baru-baru ini, ia membawa insentif atau faedah yang sama seperti tahun sebelumnya terutamanya:

  • Pengecualian  duti setem pada pada instrumen pertukaran dan perjanjian pinjaman untuk pembelian rumah kediaman berharga antara RM300,000 hingga RM2.5 juta (tertakluk kepada diskaun sekurang-kurangnya 10% yang diberikan oleh pemaju). Baca juga Pengecualian Duit Setem Rumah, Semak Anda Layak atau Tidak
  • Pengecualian instrumen pemindahan terhad kepada RM1 juta pertama dari harga harta tanah, sementara pengecualian duti setem penuh diberikan pada perjanjian pinjaman yang berkuat kuasa untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) yang ditandatangani antara 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021.

BAGAIMANA HOC MEMBERI MANFAAT KEPADA PEMBELI RUMAH

Insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020

Contohnya Jika Anda Beli Rumah Berharga RM400,000

Harga rumah: RM400,00
Jumlah Pinjaman (90% dari harga belian): RM360,000

TANPA HOC, anda akan bayar:

Down Payment (RM400,000 x 10%) : RM40,000
Stamp Duty Loan (RM360,000 x 0.5%): RM1,800
Stamp Duty MOT (100,000 x 1% + 300,000 x 2%): RM7,000
Monthly Repayment (4.5% @ 35 years loan): RM1,703.72
TOTAL COST : RM50,503.71

DENGAN HOC, anda akan bayar:

Down Payment: RM0
Stamp Duty Loan: RM0
Stamp Duty MOT: RM0
Monthly Repayment (4.5% @ 35 years loan): RM1,703.72
TOTAL COST: RM1,703.72

Sudah jelas bagaimana HOC akan memberi manfaat kepada rakyat untuk memiliki kediaman sendiri?

SYARAT KELAYAKAN HOC

Kempen ini tidak sama dengan kebanyakan skim perumahan mampu milik di Malaysia yang mempunyai peraturan ketat untuk memilikinya. HOC mempunyai kriteria yang tidak ketat untuk membolehkan rakyat memiliki rumah kediaman.

Berikut adalah syarat kelayakan untuk HOC:

  • Hartanah berdaftar: Hanya hartanah yang berdaftar sahaja boleh mendapatkan faedah HOC
  • Tujuan kediaman: Pembeli mestilah membeli harta tanah dengan tujuan untuk dijadikan kediaman sendiri sahaja
  • Warganegara Malaysia: Pembeli mestilah warganegara Malaysia
  • 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021: Bagi memenuhi syarat untuk pengecualian dan diskaun di bawah HOC, Perjanjian Jual Beli (SPA) mesti disahkan antara 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021.

Baca juga: Cara Beli Rumah Lelong Di Malaysia

JENIS HARTA TANAH YANG MENDAPAT FAEDAH HOC

Kempen Pemilikan Rumah (HOC) merangkumi harta tanah kediaman yang berdaftar dengan nilai antara RM300,000 hingga RM2.5 juta.

Insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020

Hartanah tersebut mesti didaftarkan dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk setiap wilayah.

  • Sabah: Hartanah yang berdaftar dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA).
  • Sarawak: Hartanah yang berdaftar dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA).
  • Semenanjung Malaysia: Hartanah yang berdaftar dengan Real Estate & Housing Developers ’Association Malaysia (REHDA).

Baca juga: 8 Skim Perumahan Mampu Milik Untuk Rakyat Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu

MAKLUMAT TAMBAHAN

Kempen Pemilikan Rumah HOC adalah untuk pembelian rumah kediaman sahaja. Ini bermaksud, pembelian harta tanah yang layak mestilah digunakan sebagai tempat kediaman pembeli. Ia tidak boleh diubah suai atau digunakan menjadi aktiviti komersial atau sebagainya.

HOC 2020 hanya digunakan untuk hartanah baru yang didaftarkan di bawah kempen dari pemaju tertentu. Kempen HOC adalah percuma, hanya pemaju yang perlu membayar pendaftaran HOC. Pembeli hanya menikmati faedah sahaja

Kempen Pemilikan Rumah HOC adalah satu kaedah terbaik untuk mengurangkan kos rakyat membeli rumah baru. Dengan inisiatif yang penuh manfaat diberikan oleh kerajaan ini, inilah masanya untuk anda memiliki rumah kediaman sendiri dan membantu kerajaan dalam merancakkan semula ekonomi negara.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma