Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Asrama Yayasan Terengganu 2022 Dibuka

Yayasan Terengganu mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan aktif dalam kokurikulum serta ingin cemerlang dalam akademik untuk memohon penempatan di Asrama Yayasan Terengganu Kemaman bagi sesi persekolahan tahun 2022.

Tawaran ini adalah terbuka kepada calon-calon yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Permohonan dibuka mulai 29 November 2021 hingga 26 Disember 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran kemasukan ke Asrama Yayasan Terengganu Tahun 2022.

SYARAT KEMASUKAN ASRAMA YAYASAN TERENGGANU

Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Mendapat keputusan LULUS Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 2021
  • Ibu atau bapa adalah terdiri dari anak Terengganu
  • Pemaustatin yang tinggal tetap di Terengganu melebihi 10 tahun serta mempunyai keinginan untuk tinggal terus (dibuktikan dengan perolehan aset tak alih) juga layak dipertimbangkan
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang ibu/bapa mengundi berdaftar di Terengganu dan daripada keluarga yang berpendapatan rendah

CARA MEMOHON

Permohonan secara online bagi kemasukan Tingkatan Satu ini adalah dibuka sehingga 26 Disember 2021. Permohonan dan semakan permohonan boleh dibuat dari masa ke semasa melalui laman web berikut:

Pihak pengurusan juga berhak menolak permohonan ini sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Permohonan yang lengkap hendaklah dicetak dan disimpan untuk rekod rujukan pemohon.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • PENGARAH
    YAYASAN TERENGGANU
    Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail
    20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
    (u.p: Bahagian Pembangunan Pendidikan)
  • Tel: 09 – 6221733
  • Email: info@yt.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma