Cara Kemaskini Permohonan BPR 2021. Tak Perlu Buat Permohonan Baru

Semak senarai kategori pemohon yang perlu kemaskini permohonan BPR 2021 dan cara kemaskini permohonan BPR 2021.

Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 kini dibuka! Bantuan yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) ini adalah antara bantuan yang dinanti-nantikan oleh orang ramai berikutan ramai yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

Dah semak syarat-syarat kelayakan bantuan BPR isi rumah dan BPR bujang? Untuk makluman anda, tidak semua orang perlu buat permohonan baharu bagi BPR 2021. Ada kategori pemohon yang tidak perlu mohon baharu, sebaliknya kemaskini permohonan BPR 2021 sahaja.

Ketahui senarai kategori pemohon yang perlu kemaskini permohonan BPR 2021 dan cara kemaskini permohonan BPR 2021.

PEMOHON YANG PERLU KEMASKINI PERMOHONAN BPR 2021

Jika anda merupakan dari kategori berikut, anda tidak perlu buat permohonan baru BPR 2021. Anda hanya perlu kemaskini permohonan BPR 2021 sahaja:

  • Penerima Bantuan Sara Hidup 2020; dan
  • Penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Jika anda terlupa anda pernah menerima BSH 2020 / BPN 2.0 atau tidak, anda boleh buat semakan semula melalui laman berikut:

Semak kategori yang perlu buat permohonan baru BPR 2021 DI SINI.

MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI

Untuk makluman anda, maklumat pemohon yang pernah menerima BSH dan BPN 2.0 telah pun didaftarkan. Namun sekiranya terdapat perubahan dalam maklumat berikut, anda perlu kemaskini permohonan BPR untuk daftar maklumat terkini:

  • Nombor akaun bank terkini
  • Status perkahwinan terkini
  • Nombor telefon terkini
  • Maklumat anak terkini

Baca juga: Kadar Bayaran BPR 2021 Mengikut Kategori & Jumlah Pendapatan

CARA KEMASKINI PERMOHONAN BPR 2021

Jika anda merupakan dalam kategori yang perlu kemaskini permohonan BPR 2021 tanpa perlu buat permohonan baharu, ikut cara kemaskini permohonan BPR 2021 yang dikongsikan di bawah:

  1. Pergi ke pautan bpr.hasil.gov.my
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK
    Cara Kemaskini Permohonan BPR 2021. Tak Perlu Buat Permohonan Baru
  3. Klik YA
    Cara Kemaskini Permohonan BPR 2021. Tak Perlu Buat Permohonan Baru
  4. Jika anda mendapat notis ini, anda perlu kemaskini permohonan dan tidak perlu buat permohonan baru. Klik OK
    Cara Kemaskini Permohonan BPR 2021. Tak Perlu Buat Permohonan Baru
  5. Klik LOG MASUK di bahagian atas halaman
    Cara Kemaskini Permohonan BPR 2021. Tak Perlu Buat Permohonan Baru
  6. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK
    Cara Kemaskini Permohonan BPR 2021. Tak Perlu Buat Permohonan Baru
  7. Klik DAFTAR AKAUN
    Cara Kemaskini Permohonan BPR 2021. Tak Perlu Buat Permohonan Baru
  8. Selesai daftar, Log Masuk ke akaun yang telah didaftarkan tadi
  9. Klik KEMASKINI PERMOHONAN
    Cara Kemaskini Permohonan BPR 2021. Tak Perlu Buat Permohonan Baru
  10. Dah selesai kemaskini permohonan yang perlu diubah, Klik Teruskan untuk buat pengesahan.
  11. Setelah selesai, pastikan anda HANTAR permohonan

Setelah selesai kemaskini BPR 2021, anda boleh terus buat semakan status BPR 2021 apabila semakan dibuka nanti. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah untuk log masuk ke akaun, anda boleh terus ke cawangan LHDNM berdekatan.

Baca: [Terkini] Jadual Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Semua Kategori

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma