Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

[Terkini] Pembukaan Sekolah Bersemuka Ditunda. Hanya Murid Peperiksaan Penting Perlu Ke Sekolah

Oleh Cikgu Shaari • January 18, 2021 • 2 min baca

[Terkini] Pembukaan Sekolah Bersemuka Ditunda. Hanya Murid Peperiksaan Penting Perlu Ke Sekolah
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pelajar sekolah di kawasan tertentu akan mulakan pembelajaran di sekolah masing-masing mulai 20 Januari 2021.

Namun merujuk kepada pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat, KPM telah mengubah keputusan kemasukan pelajar ke sekolah. KPM telah mengadakan perbincangan semula dengan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembukaan sekolah terkini oleh KPM.

MURID YANG TERLIBAT KEMBALI KE SEKOLAH

Berdasarkan perbincangan, KPM telah memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2020 bagi seluruh negara hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
  • peperiksaan antarabangsa yang setara

MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Semua murid sekolah rendah dan menengah yang tidak terlibat dengan peperiksaan penting di atas, akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah:

  • Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Kaedah pembelajaran tersebut adalah mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.

MURID ASRAMA

Memandangkan ada murid sudah mula mendaftar masuk di asrama mulai 16 Januari 2021, KPM telah membuat ketetapan berikut:

Sekolah Berasrama Penuh

  • Murid Tingkatan 4 & 5 boleh kekal di asrama atau pulang ke rumah untuk mengikut pembelajaran secara PdPR atau online
  • Murid Tingkatan 5 dan 6 perlu mengikuti PdP bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan

Asrama Sekolah Harian

  • Murid Tingkatan 1,4 dan 5 boleh kekal di asrama atau pulang ke rumah untuk mengikuti PdPR atau secara online
  • Murid Tingkatan 5 dan 6 perlu mengikuti PdP bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan

KPM menyarankan agar semua ketetapan ini turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk sekolah di bawah Kerajaan Negeri. Sebarang maklumat pembukaan semula sekolah secara bersemuka bagi pelajar lain akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.