Cara Semak & Kemaskini Penama Akaun KWSP, Elakkan Risiko Pengeluaran Disekat

Apabila anda membuat penamaan, anda memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda boleh buat perancangan awal dengan membuat penamaan anda bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan mereka mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.

Bolehkah orang yang bukan penama keluarkan wang simpanan arwah walaupun dia merupakan isteri atau anak arwah?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut mengenai penamaan KWSP dan cara kemaskin penama.

HANYA PENAMA SAHAJA LAYAK

Tahu tak Sijil Mati dan Surat Nikah tidak cukup untuk membolehkan seseorang keluarkan duit simpanan arwah? Kebanyakan orang tidak perasan bahawa mereka tidak meletakkan penama untuk akaun EPF mereka.

Seseorang tidak boleh keluarkan wang arwah sesukahati jika arwah tidak meletakkan penama. Hanya penama sahaja layak membuat pengeluaran. Ini adalah prosedur standard mana-mana institusi kewangan.

KEPENTINGAN PENAMAAN

Antara kepentingan penamaan akaun KWSP adalah:

  • Memendekkan proses pengeluaran
  • Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah / Mahkamah
  • Memastikan waris mewarisi simpanan anda

SYARAT MEMBUAT PENAMAAN

Antara syarat untuk Ahli membuat penamaan adalah:

  • Semua warganegara Malaysia
  • Ahli bukan warganegara Malaysia boleh membuat penamaan sekiranya:
    – Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
    – Telah mendapat Taraf Penduduk Tetap (PR)
  • Telah mencapai umur 18 tahun atau lebih
  • Penamaan perlu dibuat oleh ahli sendiri
  • Borang KWSP 4 mestilah diisi dengan lengkap
  • Borang penamaan KWSP 4 (download di bawah) hendaklah diterima oleh KWSP semasa ahli masih hidup
  • Penamaan berkuat kuasa pada tarikh KWSP menerima Borang 4 daripada ahli

Baca juga: Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian Pencarum KWSP RM2,500

PROSEDUR KEMASKINI PENAMAAN

Bagi Ahli KWSP yang masih tidak mempunyai penama atau ingin kemaskini penama, Ahli mempunyai 2 pilihan iaitu:

  1. Melalui i-Akaun (online)
  2. Melalui Borang KWSP 4 (manual)

1) Penamaan Melalui i-Akaun

Dengan kemudahan i-Akaun KWSP, Ahli boleh membuat semakan penama yang kini dan boleh terus buat kemaskini penama secara online. Ahli perlu daftar dan aktifkan i-Akaun KWSP terlebih dahulu dengan mudah sekali. Anda boleh rujuk pautan di bawah untuk daftar i-Akaun:

Selain kemudahan semakan status penamaan, banyak lagi kemudahan lain yang disediakan dalam i-Akaun seperti pengeluaran wang simpanan, semakan penyata simpanan dan macam-macam lagi.

2) Penamaan Melalui Borang KWSP 4

Untuk membuat penamaan secara manual atau melalui borang KWSP 4, ahli perlu sediakan dokumen berikut:

  • Dokumen pengenalan diri AHLI dan PENAMA hendaklah dicetak atau disalin di
    atas kertas bersaiz A4.
  • Bagi ahli dan penama yang memiliki MyKad, sila cetak
    atau salin bahagian hadapan dan belakang MyKad atas muka surat yang sama
    kertas A4.
  • Borang KWSP 4 (download di bawah)

Download borang KWSP 4 dan Ahli dikehendaki menurunkan cap ibu jari (kanan dan kiri) dengan terang dan jelas di dalam ruangan yang disediakan dengan menggunakan pad cap jari berwarna hitam di pejabat KWSP. Bawa Borang KWSP 4 yang telah siap diisi ke pejabat KWSP berdekatan anda

Download Borang KWSP 4 di bawah:

BORANG PENAMAAN KWSP 4

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma