Cara Daftar, Pengaktifan i-Akaun KWSP & Kemudahan Yang Disediakan

Rugilah jika anda masih tidak ada i-Akaun! Pelbagai kemudahan yang disediakan melalui akaun ini. Ahli hanya perlu membuat pendaftaran dengan mudah untuk menggunakannya. Semua Ahli KWSP boleh daftar i-Akaun tanpa halangan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan yang disediakan dan cara daftar i-Akaun.

Isi Kandungan

KEMUDAHAN i-AKAUN

Antara kemudahan yang disediakan dalam i-Akaun adalah:

  • Menggunakan perkhidmatan e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran
  • Menyemak sejarah pengeluaran
  • Menyemak status penamaan
  • Mengira anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

CARA DAFTAR i-AKAUN

Anda boleh ke mana-mana Kiosk atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad. Anda boleh semak senarai Kiosk KWSP di seluruh negeri dan cara dapatkan kod pengaktifan i-Akaun.

  1. Setelah pendaftaran di Kiosk atau Kaunter KWSP, anda akan menerima kata laluan melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun
    Cara Daftar i-Akaun KWSP & Kemudahan Yang Disediakan
  2. Setelah itu, layari laman web KWSP dan klik pada Login Ke i-Akaun (Ahli) 
  3. Klik Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari
  4. Masukkan ID/ No Ahli yang diterima daripada Kiosk atau Kaunter KWSP / melalui SMS. Klik Teruskan
    Cara Daftar i-Akaun KWSP & Kemudahan Yang Disediakan
  5. Masukkan Kata Laluan yang diterima sekali dengan ID di Kiosk atau Kaunter KWSP / melalui SMS. Klik Log Masuk
    Cara Daftar i-Akaun KWSP & Kemudahan Yang Disediakan
  6. Baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak dan klik Seterusnya
    Cara Daftar i-Akaun KWSP & Kemudahan Yang Disediakan
  7. Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna
  8. Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan
    masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan
  9. Pilih Imej Online
  10. Sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya
    Cara Daftar i-Akaun KWSP & Kemudahan Yang Disediakan
  11. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan Ahli boleh terus login ke i-Akaun
    Cara Daftar i-Akaun KWSP & Kemudahan Yang Disediakan

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda bagi memudahkan pelbagai urusan berkaitan KWSP. Dengan kemudahan yang disediakan, banyak urusan dapat menjimatkan masa kerana anda tidak lagi perlu pergi ke Kaunter KWSP untuk urusan yang remeh.

Selamat mencuba!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma