Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

[Panduan Bergambar] Cara Kemaskini Nombor Telefon Di MySejahtera Dengan Mudah

Oleh Cikgu Shaari • November 8, 2021 • 2 min baca

[Panduan Bergambar] Cara Kemaskini Nombor Telefon Di MySejahtera Dengan Mudah
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Kegunaan MySejahtera sangat penting dalam kehidupan harian sekarang. Namun apa nak buat jika anda tukar nombor telefon?

Macam mana nak kemaskini nombor telefon di MySejahtera? Tak perlu padam akaun dan buat akaun baru pun, ketahui cara kemaskini nombor telefon di MySejahtera dengan mudah di perkongsian bawah.

Baca juga: Panduan Tukar Status MySejahtera Dari Casual Contact (Kuning) Kepada Low Risk (Biru)

CARA KEMASKINI NOMBOR TELEFON DI MYSJEHATERA

Berikut adalah panduan mengemaskini nombor telefon di aplikasi MySejahtera sekiranya anda menggunakan nombor telefon baru:

  1. Pastikan anda Update MySejahtera anda di Playstore
    [Panduan Bergambar] Cara Kemaskini Nombor Telefon Di MySejahtera Dengan Mudah
  2. Klik pada profil dan klik titik tiga baris di bahagian menu
    [Panduan Bergambar] Cara Kemaskini Nombor Telefon Di MySejahtera Dengan Mudah
  3. Klik Tukar MySJ ID
    [Panduan Bergambar] Cara Kemaskini Nombor Telefon Di MySejahtera Dengan Mudah
  4. Nombor telefon lama akan dipaparkan. Masukkan nombor telefon baru anda pada bahagian Enter New MySJ ID. Masukkan sekali lagi
    [Panduan Bergambar] Cara Kemaskini Nombor Telefon Di MySejahtera Dengan Mudah
  5. Klik Confirm
  6. Lakukan langkah yang sama jika anda nak tukar email bagi yang menggunakan email sebagai MySJ ID


Siap! Nombor Telefon di MySejahtera anda akan dikemaskini setelah anda klik Confirm. Sekiranya anda ingin tukar kata laluan atau ada masalah untuk log masuk ke aplikasi MySejahtera, anda boleh rujuk:

Sekiranya anda  ada masalah lain dengan aplikasi MySejahtera anda, anda dinasihatkan untuk padam dahulu aplikasi MySejahtera dan install semula. Sebarang masalah lain, anda boleh terus ajukan ke MySejahtera Help Desk.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.