Permohonan Biasiswa Gadang 2021 Terbuka Buat Pengajian Di IPT Tempatan

Perhatian buat pelajar yang dapat tawaran program prasiswazah di universiti tempatan dan sedang mencari tajaan biasiswa. Sukacita dimaklumkan Gadang Holding Berhad kini telah membuka permohonan biasiswa Gadang bagi tahun 2021.

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan. Pemohon juga mestilah melanjutkan pengajian dalam kursus yang dinyatakan. Pelajar yang merupakan peminjam PTPTN juga layak mohon sekiranya layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT BIASISWA

  • Nama Penganjur: Gadang Holding Berhad
  • Nama Biasiswa: Biasiswa Gadang 2021
  • Pengajian: Peringkat Prasiswazah di universiti tempatan
  • Tarikh tutup permohonan: 15 November 2021

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Rakyat Malaysia yang berumur 23 tahun dan ke bawah
  • Mendapat tawaran untuk program prasiswazah di universiti tempatan
  • Minimum CGPA terakhir 3.50
  • Tidak menerima sebarang tajaan kecuali PTPTN
  • Minimum 5 A – SPM/ O-Level, 3 A – STPM dan setaraf
  • Aktif di dalam kokurikulum dan mempunyai daya kepimpinan yang baik

KURSUS YANG BERKAITAN

Hanya pelajar yang melanjutkan pengajian dalam kursus berkaitan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Kejuruteraan Awam
  • Struktur
  • Geo Teknikal
  • Lebuh Raya
  • Turapan
  • Juru Ukur Kuantiti
  • Pengurusan Bangunan
  • Kejuruteraan Lebuh Raya
  • Pengurusan Kontrasi
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Pengurusan Perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Kewangan dan Perakaunan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan biasiswa yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya 15 November 2021. Permohonan mestilah dibuat dengan menghantar borang permohonan yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan.

Dokumen lengkap bersama borang permohonan mestilah diemelkan ke alamat berikut:

  • hrd@gadang.com.my

Klik butang di bawah untuk download borang permohonan:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma