Panduan Kemaskini Maklumat Perniagaan Secara Online Melalui EzBiz SSM
Bagi individu yang berhasrat untuk mendaftar SSM, kini anda boleh daftarkan perniagaan anda secara online melalui ezBiz SSM. Dengan kemudahan yang ada, urusan pengguna pasti akan menjadi lebih cepat dan mudah.
Bukan sahaja pendaftaran, usahawan yang sudah mempunyai pendaftaran SSM dan nak kemaskini maklumat perniagaan pun boleh buat secara online dengan ezBiz SSM. SSM menyediakan platform ezBiz bagi memudahkan para peniaga berurusan secara online tanpa perlu ke kaunter.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan mengemaskini maklumat perniagaan secara online melalui EzBiz SSM.
Isi Kandungan
KEMUDAHAN EZBIZ SSM
Antara kemudahan yang disediakan di platform EzBiz secara dalam talian kepada para peniaga adalah:
- Membuat pendaftaran baru SSM
- Renew/ memperbaharui SSM
- Mendaftar perubahan/ mengemaskini maklumat
- Menamatkan perniagaan
- Membeli maklumat perniagaan
CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERNIAGAAN SECARA ONLINE
Untuk menggunakan kemudahan ezBiz, anda mestilah DAFTAR PENGGUNA terlebih dahulu. Kemudian untuk kemaskini maklumat perniagaan secara online, ikut langkah berikut:
- Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
- Klik bahagian ‘My Business Service’
- Pilih ‘Business Change’
- Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
- Sila pilih perniagaan dalam senarai ‘Select Business’.
Berikut adalah senarai maklumat perniagaan yang boleh dikemaskini secara online:
- Perubahan Alamat Perniagaan
– Tandakan kotak (Changes of Principal Business Address)
– Isikan tarikh perubahan.
– Sila isikan alamat utama perniagaan yang baharu dan alamat surat-menyurat yang baharu. - Perubahan Jenis Perniagaan
– Tandakan kotak (Changes in Type of Business)
– Isikan tarikh perubahan.
– Isikan semua jenis perniagaan yang terkini dalam kotak ‘Business Description’
– Klik ‘Add Business Code’ atau butang untuk memadam kod yang sedia ada. - Perubahan Maklumat Cawangan
– Tandakan kotak (Changes of Particulars on Branches)
– Isikan tarikh perubahan.
– Isikan perubahan cawangan dan klik ‘Insert/Update’ atau klik untuk menutup cawangan yang sedia ada. - Perubahan Maklumat Pemilikan:-
– Tandakan kotak (Changes of Business Ownership Information) - Menambah rakan kongsi
– Isikan Mykad No. rakan kongsi dan klik ‘Add New Partner’. - Mengeluarkan rakan kongsi
– Klik butang Action (simbol pensil)
– Kemaskini alamat (jika ada) dan pilih ‘PULL-OUT’ di bahagian ‘Amendment Type’. Isikan tarikh perubahan, kemudian klik ‘Update’. - Mengeluarkan rakan kongsi (kematian)
– Klik butang (seperti dibawah).
– Kemaskini alamat (jika berkenaan) dan pilih ‘DECEASED’ di bahagian ‘Amendment Type’
– Isikan tarikh kematian pada ruangan ‘Amendment Date’.
– Klik ‘Choose File’, muat naik Sijil Kematian sebagai dokumen sokongan pada bahagian ‘Supporting Document’ .
– Kemudian klik ‘Update’. - Kemaskini maklumat pemilik (alamat kediaman dan nombor telefon)
– Kemaskini maklumat diri sendiri (Lodger).
– Isikan maklumat terkini pemilik dan klik ‘Update’.
– Kemaskini maklumat rakan kongsi.
– Isikan maklumat terkini dan pilih ‘UPDATE ADDRESS’ dan klik ‘Update’.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara kemaskini maklumat perniagaan menggunakan ezBiz, anda boleh layari Portal SSM online di https://ezbizzonline.com/.