Tawaran Penajaan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor

Kerajaan Negeri Selangor di bawah inisiatif Smart Selangor menawarkan tajaan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor buat rakyat Selangor yang berminat untuk mendalami ilmu dalam bidang kemahiran.

Pelbagai program kemahiran ditawarkan mengikut minat pemohon. Peserta program akan mendapat pelbagai manfaat selepas tamat pengajian. Kemahiran yang bakal dipelajari pasti membolehkan peserta memasuki peluang pekerjaan yang ada.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai program yang ditawarkan dan maklumat lanjut permohonan program.

PROGRAM PERSIJILAN DITAWARKAN

  • Inspektor Pengujian Tanpa Musnah (Non Destructive testing – NDT)
  • Pengimpal 6GC & Inspektor Kimpalan Visual
  • Pengimpal 3GC – Zero To Hero

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara tajaan kemudahan yang disediakan kepada peserta adalah:

  • Yuran Latihan
  • Penginapan
  • Makan & Minum
  • Pengiktirafan Persijilan Profesional yang diiktiraf Antarabangsa oleh The Welding Institute (TWI)
  • Jaminan Pekerjaan setelah tamat latihan

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk memohon:

  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    i. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    ii. Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    iii. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor lebih daripada 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun. (Pemohon perlu kemukakan Salinan sijil berhenti sekolah rendah (darjah 1 hingga 6) dan sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5)
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS 5 subjek (Bahasa Melayu dan Sejarah WAJIB LULUS dan 3 subjek lain).

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu
  • Salinan Kad Pengenalan Bapa
  • Salinan Sijil Kematian / Cerai / Akuan Sumpah (Jika Berkaitan)
  • Surat Akuan Pemastautin
    – Pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung/ Pengerusi Persatuan Penduduk/ Ketua Blok/ Ketua Rukun Tetangga
    (Bagi Pemohon, Ibu & Bapa Yang Bukan Lahir Di Negeri Selangor)
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Daripada IPT / Surat Pengesahan Pelajar
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah (Tahun 1-6) & Sekolah Menengah (Tingkatan 1-5)
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV)
  • Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji Ibu Bapa / Penjaga Pemohon (Jika Masih Bekerja)
  • Surat Perakuan Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Pemohon Pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung/ Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/ Ketua Rukun Tetangga (Jika Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja / Suri Rumah)
  • Salinan Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen Terkini Ibu Bapa / Penjaga Pemohon (Jika Pesara Kerajaan)
  • Cop Pengesahan Institusi Pengajian
  • Cop Pengesahan Pendapatan
  • Salinan Akaun Bank Pelajar

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan dengan menyediakan dokumen-dokumen di atas dan muat turun borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN IKTISASS SMART SELANGOR

Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen mestilah dihantar sebelum 16 November 2020 ke Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor. Permohonan borang  yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 019 7703979 atau 0182859033.

Tawaran Penajaan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma