HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) • HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •

Tawaran Program Kemahiran Buat Graduan Politeknik Dan Kolej Komuniti

Oleh Cikgu Shaari • November 4, 2020 • 2 min baca

Tawaran Program Kemahiran Buat Graduan Politeknik Dan Kolej Komuniti
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik untuk para graduan Politeknik dan Kolej Komuniti tahun 2019 dan 2020. GREaT menawarkan program kemahiran dengan pengecualian bayaran yuran buat graduan yang berminat.

Graduates Reference Hub for Employment and Training atau GREaT merupakan portal yang dibangunkan oleh KPT sebagai hub maklumat sehenti kebolehpasaran graduan. Portal ini juga menawarkan informasi mengenai keusahawanan, peluang melanjutkan pengajian, pembiayaan pengajian serta pelbagai idea, tips dan pandangan dari pakar dan akademia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan buat graduan Kolej Komuniti dan Politeknik.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Kolej Komuniti
  • Persijilan Kecekapan Fibre Optik (7 – 13 Nov 2020)
  • Microsoft Office Specialist Certification (15 – 18 Nov 2020)
Politeknik
  • Kemahiran Pengurusan Tanaman Ladang (10 – 20 Nov 2020)
  • Kursus Ejen Kastam (K.E.K) (15 – 27 Nov 2020)
  • Professional EC Council Certified Ethical Hacking (12 – 18 Nov 2020)
  • Modular Course in Heating, Ventilation and Airconditioning for Shipping Industry (17 – 23 Nov 2020)

KEISTIMEWAAN PROGRAM

Peserta program akan memperoleh keistimewaan berikut:

  • Tiada yuran dikenakan
  • Penginapan dan makan minum disediakan
  • Tawaran pekerjaan selepas tamat latihan

SYARAT PERMOHONAN

Hanya graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk memohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Graduan Diploma dan Sijil Politeknik dan Kolej Komuniti
  • Graduan 2019 yang belum bekerja dan Graduan 2020
  • Lulusan Disember 2019 (Politeknik) dan lulusan Jun 2020 (Kolej Komuniti)
  • Belum ditawarkan sebarang program dibawah PENJANA

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan graduan Politeknik atau Kolej Komuniti dan berminat untuk mengikuti program yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan melalui portal GREaT sekarang. Klik pautan di bawah untuk mohon:

Tawaran Program Kemahiran Buat Graduan Politeknik Dan Kolej Komuniti

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.