Kelebihan Mengikuti Program Management Trainee Yang Graduan Perlu Tahu
Siapa cakap peluang kerja graduan adalah gelap kerana tiada pengalaman? Ramai yang tak tahu sebenarnya banyak syarikat terkemuka yang menawarkan Graduate Programme, Management Trainee atau Program Latihan Kerja buat graduan yang tiada pengalaman kerja. Melalui program ini, graduan akan dilatih untuk bekerja di industri sebagai persediaan ke alam kerja sebenar setelah tamat latihan.
Rugi sebenarnya jika para graduan tidak ambil peluang program ini untuk membina kerjaya kerana banyak kelebihan dan manfaat yang akan diperolehi melalui program ini. Program ini akan mendedahkan peserta dengan pelbagai kemahiran berguna yang pasti dapat meningkatkan kebolehpasaran kerja pada masa akan datang.
Nak tahu apa kelebihan mengikuti program Management Trainee dan seumpamanya? Ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
KELEBIHAN PROGRAM MANAGEMENT TRAINEE
1 Permulaan Beralih Ke Tempat Kerja
‘Graduate Management Trainee’ atau dalam erti lain Pelatih siswazah adalah permulaan bagi mereka yang baru sahaja tamat belajar beralih ke tempat kerja. Mereka akan dilatih sesuai dengan kehendak industri yang diceburi dan kebiasaannya akan dipandu serta dipantau oleh pengurus kanan syarikat.
2 Didedahkan Dengan Cara Bekerja Yang Sebenar
Pelatih siswazah ini akan didedahkan dengan cara bekerja yang sebenar. Tempoh latihan kebiasaannya adalah antara 1 ke 2 tahun bergantung kepada industri yang diceburi. Dalam tempoh tersebut, pelatih akan mendapat pelbagai pengalaman bekerja yang bermakna dan pasti boleh digunakan pada masa akan datang.
3 Belajar & Terima Gaji Setiap Bulan
Setelah berjaya mendapat tawaran mengikuti program di satu-satu syarikat, biasanya calon akan diberi makluman tempoh latihan. Sepanjang tempoh berikut, pelatih akan dibimbing oleh mentor berpengalaman dan menjalankan on-tje-job training. Apa yang lebih menarik adalah pelatih akan menerima gaji atau elaun bulanan dengan kadar yang lumayan.
4 Peluang Bekerja Secara Tetap
Pelatih yang menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tempoh program berpeluang untuk mendapat tawaran kerja tetap di syarikat yang pelatih jalani latihan. Program ini adalah antara salah satu saluran untuk mendapat kerja yang baik.
5 Memperluas Networking
Pelatih pengurusan biasanya mempunyai sistem putaran yang memberi kesan positif kepada anda. Apa yang postif? Anda dapat bertemu orang baru dalam pelbagai bidang. Di sinilah anda akan mengembangkan rangkaian anda dan pada masa yang sama belajar dari orang lain dengan kemahiran yang berbeza.
Semakin banyak anda berjumpa dengan orang, semakin banyak perkara yang akan anda pelajari.
6 Melatih Diri Menjadi Kompetitif
Dalam latihan pengurusan, pelatih akan berhadapan dengan pesaing yang mempunyai visi dan misi yang serupa. Perkara ini adalah membuat graduan baru mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing. Semangat berdaya saing terus ditingkatkan kerana ingin menunjukkan bahagian terbaik dari diri.
Anda akan dilatih untuk bekerja lebih keras untuk mencapai matlamat dan perkara ini sangat positif dalam dunia pekerjaan.
7 Mendapat Gambaran Dunia Pengurusan
Sepanjang tempoh program ini, anda akan belajar cara bekerja yang sebenar dalam dunia pengurusan. Bagaimana yang anda belajar di sesuatu syarikat, begitulah situasi sebenar apabila bekerja nanti.
8 Dapat “Cantikkan” Resume
Anda boleh masukkan pengalaman anda menjadi pelatih di sesuatu syarikat dalam resume anda dan pengalaman anda itu dapat mencantikkan lagi resume. Bakal majikan yang baca resume anda pun lebih tertarik daripada tiada pengalaman langsung. Anda boleh juga ceritakan pengalaman latihan dalam sesi temuduga untuk “impress” bakal majikan.
Dah nampak kelebihan mengikuti management trainee atau latihan seumpamanya? Oleh itu, graduan yang tiada pengalaman kerja dinasihatkan untuk ambil peluang ini sebaiknya. Jika tak tahu mana nak cari syarikat yang menawarkan Management Trainee di Malaysia, anda boleh rujuk di bawah:
Semoga bermanfaat!