Kelebihan & Kekurangan Latihan Separa Perubatan Yang Anda Kena Tahu

Berminat nak jadi jururawat, tetapi tiada pengkhususan dalam bidang perubatan dan merupakan lepasan SPM? Umumnya nak jadi jururawat mestilah perlu kelayakan dalam jururawat dengan mengambil kursus kejururawatan tertentu. Buat lepasan SPM yang tiada kelayakan tak perlu risau ada satu cabang sesuai untuk anda!

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan pelbagai jawatan sesuai untuk lepasan SPM. Bagi yang nak bekerja di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh mohon Program Latihan Separa Perubatan melalui SPA untuk sertai kursus latihan Diploma dan Sijil yang ditawarkan.

Namun setiap perkara pasti ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Nak tahu apa kelebihan dan kekurangan Latihan Separa Perubatan, rujuk di perkongsian bawah.

KELEBIHAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Antara kelebihan mengikuti Latihan Separa Perubatan adalah:

Pengajian Percuma – Yuran Ditanggung Kerajaan

Bila dah masuk dan ikuti kursus Latihan Separa Perubatan, anda dah tak perlu fikirkan kos pengajian kerana pengajian adalah PERCUMA. Semua yuran pengajian adalah ditanggung oleh kerajaan, pelajar tidak perlu keluarkan sebarang kos.

Elaun Bulanan Disediakan

Bagi pelatih yang mengikuti Latihan Separa Perubatan di peringkat Diploma akan diberi Elaun Sara Hidup sebanyak RM621.21 manakala peringkat Sijil akan beri Elaun Sara Hidup sebanyak RM517.15. Pelatih juga akan menerima elaun-elaun (tertakluk kepada perubahan semasa) lain seperti berikut:

  • Elaun buku (sekali setahun) 
    Diploma: RM250
    Sijil: RM250
  • Elaun Perkakas (sekali sahaja)
    Diploma: RM25
    Sijil: RM25
  • Elaun Projek (sekali sahaja)
    Diploma: RM90
    Sijil: RM90

*Kadar Elaun Sara Hidup adalah tertakluk kepada perubahan semasa

Penginapan & Pakaian Seragam Disediakan

Bukan itu sahaja, selain daripada yuran ditanggung dan Elaun Sara Hidup diberikan setiap bulan, pelatih juga akan disediakan dengan penginapan dan pakaian seragam. Menarik kan? Dah tak perlu fikir tentang penginapan atau kos lagi jika anda ikuti kursus ini. Semuanya telah disediakan!

Peluang Diserap Kerja Kerajaan

Pasti ramai yang mengimpikan untuk bekerja dengan kerajaan kan memandangkan banyak manfaat yang disediakan? Untuk maklumat anda, apabila tamat sahaja pengajian Latihan Separa Perubatan, peluang untuk anda diserap kerja kerajaan adalah tinggi tau!

Dengan pencapaian yang baik, anda akan berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di klinik-klinik atau hospital-hospital KKM yang ditetapkan.

Rujuk: Proses Pengambilan & Haluan Kerjaya Selepas Tamat Latihan Separa Perubatan 

KEKURANGAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Setiap perkara pasti akan ada kekurangannya yang tersendiri. Antara kekurangan mengikuti Latihan Separa Perubatan adalah:

Terikat Dengan Kerajaan Selama 4 Tahun

Bila dah tamat pengajian Latihan Separa Perubatan dan dapat penempatan berkhidmat dengan kerajaan, anda akan terikat dengan kerajaan selama 4 tahun. Anda tidak boleh berhenti kerja atau bekerja di sektor swasta dalam tempoh tersebut.

Namun perikatan ini tidak menjadi masalah sekiranya memang sudah niat dari awal anda mengikuti latihan tersebut untuk bekerja dengan KKM.

Tiada Pengajian Peringkat Ijazah Ditawarkan

KKM hanya menawarkan Latihan Separa Perubatan di peringkat Sijil dan Diploma sahaja, tiada sebarang tawaran bagi pengajian di peringkat Ijazah. Jika anda mahu sambung pengajian untuk dapatkan gaji yang lebih tinggi, anda perlu bekerja dengan kerajaan dalam tempoh ikatan dulu, baru anda boleh sambung belajar.

Semoga perkongsian proses pengambilan dan haluan kerjaya selepas tamat latihan separa perubatan ini dapat membantu calon yang berminat untuk mengikuti kursus ini membuat keputusan sebelum mohon kursus yang ditawarkan.

Anda boleh semak syarat kelayakan mengikuti latihan separa perubatan dan panduan buat permohonan di sini:

SYARAT & PANDUAN MOHON LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma