Berminat Nak Sertai Badan Beruniform Kerajaan? Ini Tinggi, Berat & BMI Yang Anda Kena Capai

Berminat nak jadi salah seorang anggota badan beruniform kerajaan? Untuk makluman anda, sebenarnya banyak jawatan badan beruniform kerajaan yang boleh mohon menggunakan sijil SPM! Anda boleh semak senarai jawatan badan beruniform kerajaan yang boleh dimohon dengan SPM DI SINI.

Buat graduan universiti, anda boleh juga mohon jawatan badan beruniform dengan gred yang lebih tinggi sesuai dengan kelayakan anda. Namun nak jadi anggota badan beruniform bukan senang tau! Calon mestilah memenuhi syarat kelayakan fizikal dan menepati kriteria yang dicari terutama dari segi berat badan, tinggi dan juga BMI.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tahap berat badan, tinggi dan BMI yang perlu dicapai untuk menjadi anggota badan beruniform.

Baca juga: Senarai Jawatan SPA Yang Ada Ujian Fizikal & Pancaindera Serta Syarat Lulus Ditetapkan

KELAYAKAN FIZIKAL ANGGOTA BADAN BERUNIFORM KERAJAAN

Berikut adalah kelayakan fizikal yang perlu dicapai untuk kelayakan sertai anggota badan beruniform kerajaan:

Lelaki

  • Tinggi sekurang-kurangnya 157/ 163cm (tertakluk kelayakan jawatan) tanpa sepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg (tertakluk kelayakan jawatan)
  • Mempunyai Body Mass Index (BMI) di antara julat 19 hingga 26
  • Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja)

Wanita

  • Tinggi sekurang-kurangnya 153/ 157 cm (tertakluk kelayakan jawatan) tanpa sepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 46kg (tertakluk kelayakan jawatan)
  • Mempunyai Body Mass Index (BMI) di antara julat 19 hingga 25

Baca juga: Rabun, Tapi Berminat Kerja Polis Atau Badan Beruniform? Ini Cara Lepas Ujian Penglihatan

BODY MASS INDEX (BMI)

Bagi ujian fizikal, perkara pertama anda perlu beri penekanan ialah BMI. Ukuran BMI adalah stage pertama untuk menyingkirkan calon. Jika BMI anda lebih atau kurang, secara automatik anda tiada peluang ke stage seterusnya. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi BMI, yang paling popular ialah berat badan.

Saya cadangkan anda harus dapatkan BMI yang ideal seminggu sebelum ujian fizikal untuk memastikan anda boleh ke stage seterusnya.

Macam mana nak kira BMI? Ikuti panduan di bawah:

  1. Pergi ke laman https://www.calculator.com.my/bmi-calculator
  2. Masukkan berat badan anda (kg) dan tinggi (m). Klik CALCULATE untuk buat pengiraan BMI
  3. BMI akan dipaparkan berdasarkan berat dan tinggi anda

Apa nak buat jika berat berlebihan atau kurang berat untuk mencapai julat BMI yang dikehendaki? Sekiranya anda benar-benar berminat untuk memasuki badan beruniform kerajaan, anda mestilah berusaha untuk dapatkan berat badan yang ideal seperti yang ditetapkan. Hanya anda yang boleh mengubahnya!

Baca juga: Pernah Lulus Ujian Fizikal, Calon Ini Kongsi Pengalaman & Tips Persediaan Ujian Fizikal SPA

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma