Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

7 Kategori OKU Yang Boleh Dipertimbangkan Bagi Pendaftaran OKU Di Bawah JKM

Oleh Cikgu Shaari • September 27, 2021 • 2 min baca

7 Kategori OKU Yang Boleh Dipertimbangkan Bagi Pendaftaran OKU Di Bawah JKM
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat

Individu OKU boleh membuat pendaftaran di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU dan membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.

Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU di bawah JKM.

7 KATEGORI OKU

Berikut adalah tujuh kategori Orang Kurang Upaya (OKU) Yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat:

Kategori 1: OKU Fizikal

OKU fizikal yang bermaksud keadaan di mana berlaku kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuklah kehilangan tangan, kaki, jari tangan atau jari kiri.

Kategori 2: OKU Penglihatan

OKU penglihatan di mana seseorang individu tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad pada kedua-dua belah mata.

Kategori 3: OKU Pendengaran

OKU pendengaran di mana seseorang individu tidak dapat mendengar dengan jelas dengan kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.

Kategori 4: OKU Pertuturan

OKU pertuturan di mana seseorang individu tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan dalam berkomunikasi dengan sempurna serta tidak boleh difahami orang yang berinteraksi dengannya.

Kategori 5: OKU Mental

OKU mental yang melibatkan individu berpenyakit mental teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh pakar psikiatri. Individu yang mengalami ketidakupayaan jenis ini tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan diri atau perhubungannya dalam masyarakat.

Kategori 6: OKU Pelbagai

OKU pelbagai iaitu melibatkan individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.

Kategori 7: OKU Pembelajaran

OKU pembelajaran di mana seseorang individu mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usianya. Contoh OKU pembelajaran adalah seperti Autisme, Sindrom Down, ADHD dan sebagainya.

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada ahli masyarakat di mana mereka juga mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

Bersama-sama kita menghormati hak dan keistimewaan Orang Kurang Upaya (OKU). Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang tergolongan dalam kategori OKU di atas, anda boleh buat pendaftaran OKU dengan JKM sekarang dengan klik butang di bawah untuk panduan:

daftar oku di bawah jkm

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.