Karnival Kerjaya MARA: Tawaran 1500 Peluang Pekerjaan Terbuka Buat Graduan

Panggilan buat graduan di seluruh Malaysia! Terdapat 1,500 jawatan kosong dalam pelbagai bidang pekerjaan menanti anda di Karnival Kerjaya MARA. Tawaran adalah terbuka kepada semua graduan dan yang masih mencari pekerjaan di syarikat yang lebih kukuh.

Jangan lepaskan peluang ini, pelbagai syarikat GLC dan multi nasional terlibat dalam menawarkan peluang pekerjaan. Pastikan anda buat pra-prendaftaran dengan mengisi borang permohonan onine di pautan disediakan sebelum hadir ke temuduga terbuka Karnival Kerjaya MARA seperti yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pekerjaan ditawarkan dan panduan pendaftaran di sini.

SYARIKAT GLC & MULTI NASIONAL TERLIBAT

Antara syarikat GLC dan multi nasional yang terlibat menawarkan peluang pekerjaan adalah:

  1. Prasarana Berhad
  2. Proton Holdings
  3. KPMG Malaysia
  4. Malaysia Rail Link (ECRL)
  5. Airfoil Services
  6. The Federation of Malaysian Fashion, Textile & Apparel (FMFTA)
  7. CTRM Aero Composites
  8. Malaysia Digital Economy Corp. (MDEC)
  9. ExxonMobil Malaysia
  10. DRB-Hicom
  11.  Alliance Steel
  12. Sime Darby Industrial
  13. PwC Malaysia
  14. Inspidea Sdn Bhd
  15. Wasco Coatings Malaysia
  16. Hicom Automotive

PRA PENDAFTARAN

Graduan yang berminat sertai Karnival Kerjaya MARA dan rebut peluang pekerjaan  yang disediakan, anda boleh buat pra pendaftaran dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Dah buat pra-pendaftaran? Pastikan anda hadir ke karnival kerjaya MARA seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh: 3 Februari 2023 hingga 5 Februari 2023
  • Masa: 9 pagi hingga 6 petang
  • Tempoh: KKTM Kuantan, Pahang

Calon yang layak akan mendapat tawaran kerja serta merta!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma