Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Karnival Kerjaya Digital Careertrans: Lebih 5,500 Kekosongan Jawatan Ditawarkan, Daftar Sekarang

Oleh Cikgu Shaari • September 14, 2021 • 2 min baca

Karnival Kerjaya Digital Careertrans: Lebih 5,500 Kekosongan Jawatan Ditawarkan, Daftar Sekarang
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Panggilan buat semua warganegara Malaysia terutamanya yang menetap di Negeri Melaka! PERKESO Negeri Melaka menganjurkan Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans 2021 bagi menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada golongan yang memerlukan pekerjaan bagi meneruskan kehidupan.

Jangan lepaskan peluang ini, pastikan anda buat pendaftaran sekarang untuk sertai temuduga secara atas talian yang akan dilaksanakan pada 16 Oktober 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat pendaftaran untuk sertai temuduga online.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans 2021
  • Anjuran: Perkeso Melaka
  • Tarikh: 16 Oktober 2021
  • Masa: 9 pagi hingga 5 petang
  • Jumlah keksosongan: 5,500
  • Kaedah temuduga: Secara atas talian

Nota: Pautan, ID dan kata laluan cuma akan diberikan melalui emel sahaja selepas peserta berjaya menghantar borang prapendaftaran.

CARA DAFTAR

Orang ramai yang berminat untuk sertai temuduga online yang ditawarkan boleh buat pra-pendaftaran sekarang dengan mengisi borang yang disediakan. Borang ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat pra-pendaftaran calon yang akan menghadiri program ‘Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans ‘ anjuran Pejabat PERKESO Negeri Melaka dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka. Karnival ini akan dijalankan berdasarkan ketetapan di atas.

Sila lengkapkan maklumat kehadiran anda dan pastikan segala maklumat tersebut lengkap dan tepat. Isi borang pra-pendaftaran di pautan berikut:

Klik submit untuk hantar borang pendaftaran. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans, anda boleh terus ke laman Facebook PERKESO Melaka atau hubungi pegawai bertugas di talian 03 251 6888.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.