Daftar Karnival Jelajah Jobcare Selangor: Sertai Temuduga Pelbagai Jawatan & Terima Elaun Mencari Kerja RM700

Panggilan buat para pencari kerja yang masih menganggur dan berminat nak bekerja dalam pelbagai bidang! Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Perkeso Selangor akan mengadakan temuduga khas melalui Karnival Jelajah Jobcare Selangor bagi membantu pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan dan mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pelbagai majikan.

Pencari kerja yang berminat nak ikuti temuduga khas ini boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum tarikh temuduga. Temuduga secara terbuka akan dilaksanakan pada 21 Mei 2022 bagi di lokasi yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kerja yang ditawarkan dan cara buat pra-pendaftaran

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Karnival Jelajah Jobcare Selangor
  • Anjuran: PERKESO Negeri Selangor
  • Tarikh: 21 Mei 2022 (Sabtu)
  • Masa: 9 pagi hingga 5 petang
  • Lokasi:  Dewan Demesne , Bandar Baru Bangi

SENARAI MAJIKAN TERLIBAT

Antara majikan yang terlibat dalam menawarkan jawatan kosong adalah:

  • GAMUDA IBS – BANTING
  • OLD TOWN KOPITIAM SDN BHD
  • TFP RETAIL SDN BHD
  • KL – KEPONG OLEOMAS SDN BHD
  • PHN INDUSTRY SDN BHD
  • GS PAPERBOARD & PACKAGING SDN BHD
  • PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN BHD (PROTON SHAH ALAM)
  • BEST ETERNITY RECYCLE TECHNOLOGY SDN BHD
  • 99 SPEEDMART SDN BHD
  • MALAYSIA STEEL WORKS

ELAUN MENCARI PEKERJAAN

Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:

  • RM300 x 2 bulan

Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:

  • RM400 secara one-off

Rujuk: Panduan Pendaftaran Elaun Mencari Pekerjaan

CARA DAFTAR

Pencari kerja wanita yang berminat untuk sertai Karnival Jelajah Jobcare Selangor tersebut boleh buat pra-pendaftaran terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga terbuka. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran online berikut

Borang ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat pra-pendaftaran calon yang akan menghadiri program Temuduga Karnival Jelajah Jobcare Selangor.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi En. Isma di talian 019 294 5266 atau En. Aiman di talian 019 316 978.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma