Rumah Idaman: Cara Mohon Rumah Serendah RM250,000 Untuk Rakyat Selangor

Berita baik buat rakyat Selangor yang ingin memiliki rumah idaman! Kerajaan negeri Selangor akan membangunkan projek Rumah Idaman mampu milik berkeluasan 1,000 kaki persegi dengan harga serendah RM250,000!

Rumah Idaman ini dibina khas untuk rakyat yang bekerja serta tinggal di Selangor dan pertama kali memiliki rumah. Kerajaan negeri sudah mengenalpasti cara mengukuhkan ekonomi di era pandemik ini sambil memberi peluang kepada rakyat Selangor memiliki rumah idaman.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut projek Rumah Idaman yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

HARGA RUMAH IDAMAN

30,000 Rumah Idaman Selangor dijangka dibina di lokasi yang strategik dengan tawaran harga:

  • Harga bersih: RM250,000

CIRI-CIRI RUMAH IDAMAN

Berikut adalah ciri-ciri Rumah Idaman Selangor:

  • Keluasan 1,000 kaki persegi
  • Ruang tamu – Dilengkapi 1 unit televisyen
  • 3 bilik tidur – Setiap bilik dilengkapi 1 unit almari
  • Ruang dapur – Kabinet dapur dan peti sejuk
  • Setiap bilik – dilengkapi 1 unit penyaman udara
  • 2 bilik air – dilengkapi unit pemanas air
  • Ruang parkir – Dilengkapi 2 ruang parkir

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran Rumah Idaman adalah terbuka kepada rakyat Selangor yang memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah kurang RM 10,000
  • Berdaftar dengan LPHS

SOLUSI PEMBIAYAAN IDAMAN

  • Bekerja sendiri/ berpendapatan tetap
  • Pakej pembiayaan sehingga 100%
  • Kekurangan dokumen pendapatan
  • Tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun
  • Kadar keuntungan/ faedah serendah 3.5%

SENARAI PROJEK IDAMAN & CARA MOHON

Buat masa ini, terdapat 10 projek Rumah Idaman Selangor yang ditawarkan. Sekiranya anda berminat untuk dapatkan rumah pertama melalui projek Rumah Idaman, anda boleh buat permohonan dengan klik salah satu projek yang anda berminat:

  1. Idaman BSP – Bandar Saujana Putra
  2. Idaman Melur – Cybersouth
  3. Idaman Cahaya – Shah Alam 2
  4. Idaman Kita – Cybersouth
  5. Idaman Perdana – Bandar Puncak Alam
  6. Idaman Sari
  7. Idaman Bukit Jelutong
  8. Idaman Elmina 4
  9. Idaman Elmina 5
  10. Idaman Elmina 12

CONTOH LOKASI STRATEGIK RUMAH IDAMAN

Berikut adalah salah satu lokasi strategik bagi Rumah Idaman Selangor, iaitu Idaman Cahaya:

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Idaman Selangor, anda boleh terus ke laman web rasmi www.idamanselangor.com.my atau hubungi idaman@mbiselangor.com.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma