Harga Tiket & Kaedah Terkini Pembelian Tiket Feri Ke Langkawi. Wajib Tunjuk MyKad Setiap Penumpang

Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd yang menguruskan perkhidmatan feri di jeti Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi memperkenalkan peraturan baharu dengan mewajibkan penumpang mengemukakan Mykad sebelum dibenarkan menggunakan perkhidmatan itu bermula 1 Ogos ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom, berkata peraturan baharu itu bertujuan mengelak penumpang ke Langkawi, Kedah serta Perlis menjadi mangsa ulat tiket selain mengelak penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI).

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak harga tiket terkini dan kaedah pembelian tiket feri ke Langkawi.

WAJIB TUNJUK MYKAD NAIK FERI KE LANGKAWI

Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd yang menguruskan perkhidmatan feri di jeti Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi memperkenalkan peraturan baharu dengan mewajibkan penumpang mengemukakan Mykad sebelum dibenarkan menggunakan perkhidmatan itu.

  • Pelaksanaan tempoh percubaan bermula 1 Julai hingga 31 Julai ini, bagi membiasakan penumpang mematuhi peraturan baharu berkenaan.
  • Bermula 1 Ogos 2022 diwajibkan penumpang mengemukakan MyKad
  • Mengelakkan penumpang menjadi mangsa ulat tiket
  • Mengelakkan penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI)
  • Susulan cubaan sindiket membawa PATI menggunakan feri masuk ke negara ini berjaya dikesan pihak berkuasa
  • MARITIM Negeri Kedah dan Perlu telah menahan tujuh PATI warga Myanmar pada 23 Jun 2022

HARGA TERKINI TIKET FERI KE LANGKAWI

Berikut adalah harga tiket biasa sehala feri ke Langkawi:

  • Jeti Kuala Perlis: RM18
  • Jeti Kuala Kedah: RM23

KAEDAH PEMBELIAN TIKET FERI KE LANGKAWI

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk membuat pembelian tiket feri ke Langkawi adalah:

  • Pembelian Melalui Kaunter
    – Perlu mengimbas MyKad pada mesin disediakan
  • Pembelian Secara Dalam Talian
    – Perlu menunjukkan tiket yang akan disemak supaya selari dengan nama dan kad pengenalan
  • Pelancong Berkumpulan
    – Mengemukakan salinan nama serta MyKad semua ahli kumpulan

Menerusi peraturan baharu ini, kita dapat mengelak penumpang feri menjadi mangsa ulat tiket selain mengekang kemasukan PATI seperti yang berlaku di Langkawi baru-baru ini.

Kesesakan tidak akan berlaku ketika pemeriksaan dilakukan, kerana kita cuma nak tengok nombor pengesahan Mykad penumpang saja sebelum mereka dibenarkan menaiki feri.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma