Daftar SSM Percuma 2026: Cara Mohon, Syarat & Siapa Layak (Panduan Lengkap) •Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri • Daftar SSM Percuma 2026: Cara Mohon, Syarat & Siapa Layak (Panduan Lengkap) •Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •

Cara Mohon Bantuan Peralatan Perniagaan Sehingga RM10,000 Buat Peniaga

Oleh Cikgu Shaari • June 29, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Bantuan Peralatan Perniagaan Sehingga RM10,000 Buat Peniaga
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempelawa asnaf fakir dan miskin di Negeri Melaka yang berkelayakan dan memerlukan bantuan bagi meneruskan perniagaan memohon Bantuan Peralatan Perniagaan Asnaf Fakir dan Miskin. Setiap peniaga yang berkelayakan boleh mohon bantuan sehingga RM10,000.

Bantuan ditawarkan adalah bagi memberi kemudahan kepada peniaga membuat pembelian peralatan untuk perniagaan. Pemohon yang berkelayakan tidak perlu bayar balik bantuan kerana bantuan ini disediakan bagi membantu asnaf yang memerlukan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan peralatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

KADAR BANTUAN

Jumlah permohonan bantuan yang ditawarkan adalah:

  • Dari RM500 sehingga RM10,000

Bantuan peralatan perniagaan yang ditawarkan adalah:

  • Khemah
  • Kerusi
  • Mesin Jahit
  • Kerusi
  • Meja lipat

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PERNIAGAAN

Bantuan Peralatan perniagaan Asnaf Fakir dan Miskin yang ditawarkan adalah terbuka kepada peniaga yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Pemastautin Negeri Melaka sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Asnaf Fakir dan Miskin
  • Pendapatan Kurang/ Tidak melebihi Had Kifayah yang ditetapkan

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

Dokumen utama

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Sijil SSM yang masih aktif
  • Pengesahan Pendapatan Bulanan
  • Salinan penyata bank
  • Sebut harga alat perniagaan

Dokumen sokongan

  • Gambar Perniagaan/ Produk
  • Kertas kerja perniagaan
  • Rekod aliran perniagaan (buku lejar)

CARA MOHON BANTUAN PERALATAN PERNIAGAAN

Sekiranya anda memerlukan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas untuk buat permohonan, anda boleh dapatkan borang permohonan di:

  • Pusat Islam, pejabat Cawangan Agihan Zakat; dan
  • Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM

Permohonan akan diproses sehingga 14 hari waktu bekerja.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan bantuan peralatan perniagaan yang ditawarkan, anda boleh hubungi atau kunjungi alamat tertera:

  • Seksyen pembangunan Insan,
    Badan Sukarelawan Al-Taqwa,
    No. B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,
    Bukit Baru 75150 Melaka
  • Tel: 06 286 8109/ 011 5891 4140

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.