Kadar Elaun & Imbuhan Bulanan Penjawat Awam Mengikut Gred Jawatan
Berminat nak bekerja dalam perkhidmatan awam, tetapi risau kerana gaji ditawarkan sedikit? Anda jangan risau tentang gaji kerana anda akan terima pelbagai jenis elaun setiap bulan serta kemudahan-kemudahan lain. Elaun-elaun diberi adalah mengikut gred jawatan penjawat awam.
Bukan sahaja elaun bulanan, setiap penjawat awam akan menerima kenaikan gaji setiap tahun sehingga gaji maksima dicapai. Bila dah tahu kadar elaun yang bakal diterima ini, anda bolehlah buat kira-kira pendapatan bulanan anda!
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai elaun dan imbuhan yang diterima oleh kakitangan awam .
Isi Kandungan
PENDAPATAN PENJAWAT AWAM
Antara jenis-jenis pendapatan yang diterima Kakitangan Kerajaan setiap bulan adalah:
- Gaji Pokok
- Imbuhan Tetap
- Bayaran Insentif
- Bayaran Balik Perbelanjaan dan Tanggungjawab
- Lain-lain elaun atau bayaran
JENIS ELAUN PENJAWAT AWAM
Antara elaun yang diterima oleh penjawat awam setiap bulan adalah:
- Bantuan Sara Hidup (COLA)
- Imbuhan Tetap Perumahan
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam
- Elaun Keraian
Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA)
Bantuan Sara Hidup atau COLA ini akan diberi setiap bulan kepada penjawat awam mengikut kawasan tempat kerja penjawat awam dan jenis kumpulan perkhidmatan:
Kumpulan Pengurusan & Profesional
- Kawasan A: RM300
- Kawasan B: RM250
- Kawasan C: RM150
Kumpulan Pelaksana
- Kawasan A: RM350
- Kawasan B: RM300
- Kawasan C: RM200
Elaun Imbuhan Tetap Perumahan
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) atau digelar sebagai elaun perumahan diberikan mengikut Gred jawatan penjawat awam:
- Gred 29, 32, 34, 38, 40: RM300
- Gred 41 dan 42: RM300
- Gred 44: RM400
- Gred 48 & 52: RM700
- Gred 54: RM900
Elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam
Kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam diberikan mengikut gred seperti berikut:
- Gred 29, 32, 34: RM160
- Gred 38, 40: RM220
- Gred 41, 42: RM300
Elaun Tetap Keraian
Penjawat Awam Gred 44 ke atas menerima Elaun Tetap Keraian, mereka yang mendapat elaun keraian tidak diberikan elaun tetap khidmat awam.
- Gred 44: RM400
- Gred 48: RM550
- Gred 52: RM600
- Gred 54: RM800
Selain daripada elaun-elaun bulanan tetap yang dinyatakan di atas, anda kena tahu bahawa sebenarnya banyak lagi elaun dan kemudahan yang disediakan kepada penjawat awam. Anda boleh Rujuk: Senarai Kemudahan & Elaun Diterima Oleh Penjawat Awam
Untuk makluman anda, anggota badan beruniform pula akan menerima pelbagai elaun-elaun khas lain. Semoga berkongsian ini bermanfaat untuk rujukan calon yang berminat dan bakal menjadi salah seorang Kakitangan Awam.