Kadar Bayaran Dikenakan Jika Hilang MyKad Yang Perlu Anda Tahu

Setiap orang pasti tidak akan terkecuali dalam melakukan kecuaian. Namun tahu tak sekiranya anda kehilangan kad pengenalan, anda boleh dikenakan bayaran untuk buat Mykad yang baru!

Jangan ambil mudah, jika cuai terbanglah duit anda. Bayaran yang dikenakan pula boleh mencecah RM1,000.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kadar bayaran yang dikenakan sekiranya anda kehilangan MyKad.

KADAR BAYARAN HILANG MYKAD

Berikut adalah kadar bayaran yang akan dikenakan ke atas setiap kehilangan MyKad yang berpunca daripada kecuaian diri:

Kadar Bayaran Dikenakan Jika Hilang MyKad Yang Perlu Anda Tahu

Sekiranya anda kehilangan MyKad berpunca daripada kes kecurian, rompakan, kemalangan dan sebagainya, anda boleh buat laporan polis terlebih dahulu. Untuk kes-kes selain daripada kecuaian, anda hanya perlu membawa laporan polis ke JPN untuk buat MyKad baru tanpa sebarang bayaran.

Untuk pertukaran alamat, kerosakan pada MyKad dan pertukaran MyKad baru, anda perlu membawa MyKad asal dan bayaran RM10.00 dikenakan. Tiada bayaran Fi jika anda ingin menukar kad baharu.

Baca juga: Apa Itu MyKad, MyPR dan MyKas? Ini Perbezaan Yang Warganegara Malaysia Mesti Ambil Tahu

PERMOHONAN GANTIAN KAD PENGENALAN

Berikut adalah panduan membuat permohonan gantian kad pengenalan:

  1. Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.
  2. Perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah (bagi kehilangan kali pertama dan seterusnya) ataupun akibat kecuaian (diwajibkan bagi kes kehilangan kali kedua dan seterusnya). Laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma