Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Mengikut Kategori

Oleh Cikgu Shaari • February 27, 2023 • 2 min baca

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Mengikut Kategori
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik. Pembayaran STR akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Bayaran fasa pertama telah disalurkan kepada penerima yang lulus bermula pada 17 Januari 2023. Berapa pula jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa 2 hingga 4?

JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah akan diberikan mengikut kategori seperti berikut:

Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah

  • Tiada anak: RM1,000
  • 1-2 anak: RM1,500
  • 3 – 4 anak: RM2,000
  • Lebih daripada 5 anak: RM2,500

Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 – RM5,000

  • Tiada anak: RM500
  • 1-2 anak: RM750
  • 3 – 4 anak: RM1,000
  • Lebih daripada 5 anak: RM1,250

Warga Emas Bujang

  • RM600

Bujang 60 Tahun Ke Bawah

  • RM350

Tambahan (Baucar Makanan/ Baucar)

  • Miskin Tegar: RM600
-Tersenarai miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM)
– Bantuan tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan
– Kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100

 

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.