Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Cara Mohon Jawatan Pensyarah Dalam Pelbagai Bidang Pengajian Di UKM

Oleh Cikgu Shaari • November 2, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Pensyarah Dalam Pelbagai Bidang Pengajian Di UKM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berminat nak jadi Pensyarah? Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di UKM bagi memohon jawatan sebagai Pensyarah dalam pelbagai bidang ditawarkan.

Sekiranya anda mempunyai kelayakan akademik dalam bidang berkaitan dengan jawatan Pensyarah yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan jawatan secara atas talian sehingga 14 November 2022. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi calon yang berminat.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan jawatan dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 1 November sehingga 14 November 2022 (Isnin)

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

UKM membuka tawaran kepada calon yang berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut:

  1. Pensyarah Farmasi DUF51
  2. Pensyarah Perubatan DU51
  3. Pensyarah Universiti DS51

Anda boleh semak senarai bidang yang dibuka bagi permohonan di bawah:

 

CARA MOHON JAWATAN PELANTIKAN

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan mempunyai kelayakan dalam bidang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara atas talian dalam tempoh ditetapkan dengan ikut langkah berikut:

  1. Hantar permohonan secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan  (https://smk.ukm.my/sppj/)
  2. Calon -calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
  4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

Bagi permohonan untuk jawatan-jawatan selain daripada Gred 51, permohonan boleh terus melalui Fakulti/ Institut/ Pusat yang ebrkaitan dengan menghubungi Pejabat Pentadbiran di Fakulti/ Institut/ Pusat. Jawatan-jawatan yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Pensyarah Universiti Gred DS45 (Sementara)
    – Fakulti Perubatan (Kejururawatan)
    – Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (Senia Bina)
    – Fakulti Sains Ksihatan (Sains Pertututran/ Terapi Carakerja/ Optometri/ Psikologi Klinikal/ Radioterapi)
    – Fakulti Undang-undang (semua bidang)
  • Pensyarah Perubatan pelatih Gred DU51P
  • Pensyarah Universiti Gred DS53 dengan gelajaran Prof. Madya
  • Pensyarah Farmasi Gred DUF 43 dengan gelaran Prof. madya
  • Pensyarah Perubatan Gred DU53 dengan Gelaran Prof. Madya
  • Profesor Gred VK7 (DS)
  • Profesor Dred VK7 (DU)
  • Profesior Gred VK7 (DUF)

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi:

  • Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat
    Bahagian Sumber Manusia
    Jabatan Pendaftar
    Aras 1, Bangunan Perpustakaan Lingkungan Ke-2
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 Bangi, Selangor
  • Emel: upjakademik@ukm.edu.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.