Cara Mohon Jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Q29 Dengan Minima Diploma
Berminat nak jadi Penolong Pegawai Penyelidik? Berita baik buat semua graduan dari pelbagai bidang pengajian! Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Kementerian Alam Sekitar dan Air kini membuka peluang kerja kosong bagi pengambilan calon jawatan Penolong Pegawai Penyelidik kepada sesiapa yang berminat.
Permohonan boleh dibuat secara online melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) dengan mudah. Untuk mohon pengambilan yang dibuka ini, pastikan anda mohon selewat-lewatnya pada 11 Ogos 2022.
Nak tahu info lanjut berkenaan jawatan Penolong Pegawai Penyelidik yang ditawarkan dan panduan buat permohonan, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Kementerian Alam Sekitar dan Air
- Nama Jawatan: Penolong Pegawai Penyelidik Q29
- Lokasi: Seluruh Malaysia
- Tarikh tutup: 11 Ogos 2022
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Penolong Pegawai Penyelidik Q29
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau - Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau - Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00);atau - Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,774.37); atau - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,849.57); atau
CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian DIPLOMA/STPM/ SETARAF . Pilih jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Q29 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.
Selamat memohon!
IKLAN JAWATAN KOSONG