Jawatan Kosong MySTEP Di Pejabat Pendidikan Pelbagai Negeri
Pejabat Pendidikan Daerah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia kini membuka tawaran jawatan kosong sebagai Guru Ganti MySTEP & Pembantu Tadbir di pelbagai negeri buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat dengan bidang kerja yang ditawarkan.
MySTEP merupakan penambahbaikan dari pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) sedia ada di mana Personel MySTEP akan menerima upah secara bulanan dan lain-lain kemudahan seperti cuti rehat dan sebagainya. Banyak manfaat menjadi Personel MySTEP buat calon yang layak.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan MySTEP yang ditawarkan oleh PPD KPM.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Jawatan: Guru Ganti & Pembantu Tadbir MySTEP
- Agensi: Pejabat Pendidikan Daerah Pelbagai Negeri
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Tempoh Bertugas: Tertakluk kepada iklan
- Tarikh tutup: Tertakluk iklan
KADAR UPAH
Kadar upah akan ditentukan melalui hasil kerja yang dicapai oleh Personel MySTEP berpandukan kompleksiti tugas mengikut tahap kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah: RM2,000
- Diploma/STPM/STAM: RM1,800
- SPM/SPMV: RM1,600
Kadar bayaran upah adalah untuk tempoh perkhidmatan sebulan termasuk sumbangan KWSP, Socso dan lain-lain berkenaan.
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan berikut:
- Sihat tubuh badan
- Berumur 18 hingga 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah)
- Sekurang-kurangnya Kepujian dalam 4 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
BIDANG TUGAS
Guru Ganti MySTEP akan menjalankan tugas berikut:
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
- Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan
- Terlibat dengan aktiviti Kokurikulum
- Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah
CARA MEMOHON
Berikut adalah senarai Pejabat Pendidikan Daerah yang sedang membuka tawaran Guru Ganti & Pembantu Tadbir MySTEP dan cara membuat permohonan:
PPD Jempol & Jelebu
- Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
- Tarikh Tutup: Rujuk iklan
PPD Bangsar & Pudu
- Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
- Tarikh tutup: 26 Mac 2021
PPD Pedawan
- Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
- Tarikh tutup: 12 Mac 2021
PPD Selangau
- Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
- Tarikh tutup: 15 Mac 2021
PPD Sri Aman
- Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
- Tarikh tutup: 12 Mac 2021
PPD Miri
- Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
- Tarikh tutup: 12 Mac 2021
PPD Sibu
- Jenis Jawatan: Pembantu Tadbir & Guru Ganti
- Tarikh tutup: 11 Mac 2021
PPD Mersing
- Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
- Tarikh tutup: 31 Mac 2021
PPD Kapit
- Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
- Tarikh tutup: 12 Mac 2021
PPD Cameron Highlands
- Jenis Jawatan: Guru Ganti
- Tarikh tutup: 15 Mac 2021
Klik pada IKLAN JAWATAN untuk buat permohonan jawatan MySTEP di Pejabat Pendidikan Daerah yang ditawarkan di pelbagai negeri. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke PPD atau hubungi PPD berkaitan.