Cara Mohon Jawatan Kerani Akaun Di Koperasi Permodalan FELDA Dengan Kelayakan SPM

Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berminat untuk membina peluang kerjaya bersama Koperasi Permodalan FELDA Malaysia 2 Berhad (KPF 2) boleh hantarkan permohonan bagi jawatan yang ditawarkan mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang mempunyai kelayakan minima SPM atau setaraf. Pastikan anda hantar permohonan melalui email atau alamat ditetapkan sebelum 5 Mac 2022 bagi memastikan permohonan anda diterima.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Koperasi Permodalan FELDA Malaysia 2 Berhad
  • Nama jawatan: Kerani Akaun
  • Penempatan: KPF2, Kuala Lumpur
  • Kelayakan: Minima SPM
  • Tarikh tutup permohonan: 5 Mac 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Calon mestilah mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM atau setaraf dengannya
  • Minima 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan
  • Biasa menggunakan perisian perakaunan
  • Mempunyai lesen memandu B2 dan D yang sah
  • Mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan
  • Mampu untuk melakukan pelbagai kerja (multitasking)
  • Keutamaan diberikan kepada calon lelaki
  • Berumur 35 tahun ke bawah

CARA MOHON

Calon yang berminat untuk mohon jawatan sebagai Kerani Akaun di Koperasi Permodalan FELDA Malaysia 2 Berhad dan memenuhi syarat kelayakan di atas boleh buat permohonan secara online sebelum 5 Mac 2022. Permohonan mestilah dibuat dengan menghantar resume dan gambar berukuran passport ke alamat email berikut:

  • Email: admin.kpf2@felda.net.my

Permohonan juga boleh dihantar ke alamat berikut:

  • Head of Administration and FInance
    Koperasi Permodalan FELDA Malaysia 2 Berhad
    Tingkat 1, Balai FELDA, Jalan Gurney 1,
    54000 Kuala Lumpur
  • Tel: 03 2697 0186

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma