Permohonan Jawatan Kosong Guru Sambilan MRSM MARA Kini Dibuka

Maktab Rendah Sains MARA mempelawa warganegara Malaysia Bumiputera yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Guru Sambilan yang ditawarkan. Permohonan kini dibuka sehingga 1 Februari 2021.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan beserta syarat kelayakan dan cara untuk memohon.
Baca juga: Calon Ini Kongsi Pengalaman Hadir Sesi Temuduga Guru MRSM. Panduan Berguna Buat Anda
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Jawatan: Guru Biologi Gred DC 41
- Agensi: MAJLIS AMANAH RAKYAT
- Tempat Bertugas: Maktab Rendah Sains MARA Baling, Kedah
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Klasifikasi: Pendidikan
- Taraf Jawatan: Sambilan
- Jadual Gaji: Kadar Gaji Harian. RM100.00 sehari
SYARAT KELAYAKAN
Calon yang ingin membuat permohonan mestilah memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau lain-lain kelayakan Perguruan yang setaraf
- Kepujian Bahasa Melayu/Malaysia ( termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Calon-calon yang mempunyai pengalaman mengajar pelajar-pelajar sekolah menengah akan diberi keutamaan
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan melampirkan RESUME yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:
- Nama Jawatan yang dipohon
- Butir-butir peribadi beserta gambar terbaru
- No. Telefon/ E-mel
- Butir-butir Akademik
- Pengalaman Kerja
Sertakan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- Sekeping gambar terbaru berukuran passport
- Salinan sijil kelahiran
- Kad pengenalan
- Salinan Ijazah/ Diploma/ Sijil-sijil Kelulusan (salinan hendaklah disahkan benar)
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:
- Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Baling,
Kg. Sera, Mukim Pulai
09100 Baling Kedah Darulaman - No. Tel: 04- 470 2882/ 470 2884
- No. Fax: 05-3775004
Hanya pemohon yang mempunyai kelayakan yang berkaitan dengan subjek yang ditawarkan sahaja akan diberikan keutamaan untuk dipanggil hadir temuduga. Anda dinasihatkan untuk menghantar permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 1 Februari 2021 (Isnin).