Cara Mohon Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Sehingga RM70,000 Untuk Penjawat Awam Beli Kenderaan

Ramai tak tahu, kerajaan ada menyediakan Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan untuk kemudahan penjawat awam mendapatkan pinjaman untuk membeli kenderaan bagi kegunaan persendirian.

Pegawai-pegawai yang layak memohon pinjaman kenderaan ialah pegawai-pegawai yang berjawatan tetap dan pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak.

Pinjaman adalah bagi membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai yang sesungguhnya memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pinjaman kenderaan kerajaan dan cara buat permohonan.

PENJAWAT AWAM YANG BOLEH MOHON

Pinjaman Kenderaan Kerajaan Khas untuk penjawat awam (persekutuan) berikut:

  • Pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang berjawatan tetap
  • Pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak
  • Jika pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya

SYARAT ASAS KELAYAKAN

Antara syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan adalah:

  • Membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai
  • Memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna
  • Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1.3 dari gaji pokok
  • Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan
  • Pegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian kereta
  • Mempunyai lesen memandu yang sah

KADAR PINJAMAN MENGIKUT KELAYAKAN

Had kelayakan maksimum bagi pinjaman kenderaan adalah mengikut kategori berikut:

  • Pembelian Kereta adalah mengikut jawatan:
  • Pembelian motosikal: RM10,000
  • Pembelian Motobot: RM4,000
  • Pembelian enjin motobot: RM3,500
  • Pembelian bot: RM700
  • Pembelian basikal: RM500

SYARAT PINJAMAN

Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain bayaran tambahan atau aksessori opsyenal yang berkenaan kepada kenderaan tersebut.

Harga bersih kenderaan ialah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur.

Kecuali pinjaman untuk membeli bot dan basikal jumlah pinjaman wang yang diluluskan hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang. Misalnya, bagi membeli kereta yang berharga bersih RM59,993 dan pegawai berkenaan mempunyai kelayakan maksima meminjam:-

  • Jika RM65,000 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM59,900
  • Jika RM55,000 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM55,000

Pinjaman kenderaan kali kedua dan seterusnya kepada pegawai adalah dibenarkan setelah genap tempoh lima (5) tahun dari tarikh kelulusan dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan sepenuhnya

MAKLUMAT LANJUT & BORANG PERMOHONAN

Untuk maklumat lanjut serta Borang Permohonan, pemohon boleh merujuk kepada Portal Pekeliling Perbendaharaan di Portal Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah tajuk Pengurusan Wang Awam (WP), No. 9 Kemudahan Pinjaman/ Pembiayaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam.

Anda juga boleh rujuk pekeliling dan borang permohonan di bawah:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma