Cara Mohon Jawatan Pembantu Awam Di Jabatan Perdana Menteri Dengan Minima PMR/PT3
Berminat nak bekerja di Jabatan Perdana Menteri? SPA kini buka pengambilan Pembantu Awam di Jabatan Perdana Menteri terbuka buat semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan.
Sekiranya berminat, pastikan anda hantar permohonan secara online melalui Sistem Pendaftaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) sebelum tarikh tutup permohonan. Lebih 1000 kekosongan perlu diisi, jangan lepaskan peluang ini mohon segera!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Jabatan Perdana Menteri
- Jawatan: Pembantu Awam Gred H11
- Jumlah Kekosongan: 36 Kekosongan & 1000 Simpanan
- Tarikh tutup permohonan: 23 Januari 2022
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki kelayakan seperti berikut:
– Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)
– (Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)
DESKRIPSI TUGAS
Antara tugas sebagai Pembantu Awam adalah:
- Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
- Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
- Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
CARA MOHON
Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian PMR/PT3/Setaraf. Pilih jawatan Pembantu Awam H11 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA. Untuk iklan jawatan kosong penuh, anda boleh lihat di sini: