Tarikh Bayaran Fasa Ketiga BPR Mulai September/Oktober 2021 Mengikut Kategori

Pemohon yang layak mohon BPR 2021 kini boleh semak tarikh pembayaran BPR 2021 rasmi yang dikeluarkan oleh pihak LHDN. Pembayaran fasa pertama dibuat seawal penghujung Februari 2021 manakala pembayaran BPR fasa kedua akan dibuat mulai Mei 2021. Tarikh bayaran fasa ketiga BPR dikatakan akan dibuat mulai September/Oktober 2021.

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, bantuan kerajaan yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021. Pasti sudah ramai yang tidak sabar kan nak tahu bila tarikh pembayaran BPR Fasa ketiga?

Seperti BSH yang diagihkan dalam tahun 2020, pembayaran BPR 2021 juga akan dilakukan dalam beberapa fasa bagi beberapa kategori yang layak. Tarikh pembayaran BPR 2021 mengikut fasa telah dijadualkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh pembayaran BPR 2021 serta tarikh permohonan BPR dibuka.

PENAMBAHBAIKAN BPR BERBANDING BSH

Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican berkata ada beberapa penambahbaikan dibuat bagi program BPR berbanding bantuan sebelum ini, iaitu:

  • Kategori umur penerima bujang diturunkan kepada 21 tahun dan ke atas berbanding 40 tahun
  • Purata pendapatan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM2,500
  • Penambahbaikan juga turut dilaksanakan bagi isi rumah di mana sebelum ini bantuan hanya diberikan kepada purata gaji RM4,000 dan kini dinaikkan kepada RM5,000

TARIKH PERMOHONAN BPR 2021

Memandangkan kategori penerima diperluaskan, bagi mereka yang sudah ada dalam pangkalan data (penerima sedia ada) akan diteruskan, Permohonan BPR 2021 akan dibuka kepada individu yang layak, tetapi belum pernah mendaftar BSH.

Tarikh permohonan BPR 2021 kepada penerima baharu adalah seperti berikut:

  • Tarikh permohonan BPR 2021: 15 Januari 2021 hingga 25 Februari 2021

JADUAL PEMBAYARAN BPR 2021

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran BPR tahun 2021 mengikut kategori:

Kategori Bujang

Tarikh pembayaran BPR 2021 kategori bujang mengikut fasa:

  • Fasa 1:
    Mulai 24 Februari 2021 ( Ada akaun)
    Mulai 25 Februari 2021 (Tiada akaun)
    Mulai 1 Mac (Sabah & Sarawak Tanpa Akaun)
  • Fasa 2:
    7 hingga 12 Mei 2021 (Ada Akaun)
    17 Mei 2021 (Tiada Akaun)
  • Fasa 3:
    September/ Oktober 2021

Isi Rumah Pendapatan Kurang RM2,500

Tarikh pembayaran BPR 2021 kategori isi rumah pendapatan kurang RM2,500 mengikut fasa:

  • Fasa 1: 
    Mulai 24 Februari 2021 ( Ada akaun)
    Mulai 25 Februari 2021 (Tiada akaun)
    Mulai 1 Mac (Sabah & Sarawak Tanpa Akaun)
  • Fasa 2:
    7 hingga 12 Mei 2021 (Ada Akaun)
    17 Mei 2021 (Tiada Akaun)
  • Fasa 3:
    September/ Oktober 2021

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 ~ RM4,000

Tarikh pembayaran BPR 2021 kategori isi rumah pendapatan RM2,501 hingga RM4,000 mengikut fasa:

  • Fasa 1:
    Mulai 24 Februari 2021 ( Ada akaun)
    Mulai 25 Februari 2021 (Tiada akaun)
    Mulai 1 Mac (Sabah & Sarawak Tanpa Akaun)
  • Fasa 2:
    7 hingga 12 Mei 2021 (Ada Akaun)
    17 Mei 2021 (Tiada Akaun)
  • Fasa 3:
    September/ Oktober 2021

Isi Rumah Pendapatan RM4,001 ~ RM5,000

Tarikh pembayaran BPR 2021 kategori isi rumah pendapatan RM4,501 hingga RM5,000 mengikut fasa:

  • Fasa 1: 
    Mulai 24 Februari 2021 ( Ada akaun)
    Mulai 25 Februari 2021 (Tiada akaun)
    Mulai 1 Mac (Sabah & Sarawak Tanpa Akaun)
  • Fasa 2:
    7 hingga 12 Mei 2021 (Ada Akaun)
    17 Mei 2021 (Tiada Akaun)
  • Fasa 3:
    September/ Oktober 2021

Baca:Kadar Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Yang Dibayar Pada Penghujung Februari 2021

SEMAKAN STATUS KELULUSAN

Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan berikut:

KAEDAH PEMBAYARAN BPR 2021

Pembayaran BPR 2021 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pada tarikh pembayaran BPR 2021 yang akan ditetapkan bagi pemohon yang mempunyai akaun bank.

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) akan menerima pembayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma