Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

i-Sayang KWSP: Pemindahan Sukarela Caruman KWSP Akaun Suami ke Akaun Isteri Pada Tahun 2022

Oleh Cikgu Shaari • November 25, 2021 • 2 min baca

i-Sayang KWSP: Pemindahan Sukarela Caruman KWSP Akaun Suami ke Akaun Isteri Pada Tahun 2022
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Bukan itu sahaja, satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah i-Lindung.

Selain daripada kemudahan daripada KWSP, kerajaan juga telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), iaitu bantuan tunai kepada isi rumah, bujang dan warga emas yang akan dibayar 4 kali setahun. Semak tarikh bayaran pertama BKM DI SINI.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kemudahan oleh KWSP yang akan dilancarkan tahun 2022 iaitu i-Sayang dan i-Lindung.

TARIKH PELANCARAN i-SAYANG KWSP

i-Sayang dan i-Lindung akan dilancarkan pada:

  • Suku pertama 2022

KEMUDAHAN i-SAYANG KWSP

Melalui inisiatif i-Sayang yang akan dilancarkan pada suku pertama 2022, Ahli KWSP akan mendapat kemudahan untuk:

  • Pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri

KEMUDAHAN i-LINDUNG KWSP

Selain itu, satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah i-Lindung yang memberi kemudahan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk:

  • Membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP

Antara inisiatif lain yang ditinjau adalah termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.

Kerajaan juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh memaksa majikan meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun.

Nota: Maklumat lanjut berkenaan permohonan kemudahan i-Sayang dan i-Lindung KWSP akan dimaklumkan setelah mendapat makluman terbaru daripada pihak KWSP.

SEMAK BAKI AKAUN KWSP

Ahli KWSP yang buat semakan baki simpanan persaraan KWSP boleh buat secara online dengan mudah. Dah semak, terus print senang kan? Jika anda berhasrat ingin menyemak penyata KWSP atau EPF, anda kini tidak perlu bersusah payah beratur dan tunggu giliran lagi untuk berurusan di kaunter.

Nak buat pengeluaran pun boleh!

Rujuk: Cara Semak Penyata KWSP & Buat Pengeluaran Secara Online

Sumber
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.