Panduan Beli Smartphone Bayar Bulanan Dengan 0% Interest Di Lazada
Zaman sekarang ini Smartphone atau telefon pintar sudah bagaikan satu keperluan yang wajib ada oleh semua orang. Tambah-tambah pelajar universiti dan individu yang bekerja. Maklumlah, kebanyakan tugasan atau makluman pelajar universiti diberi dalam aplikasi WhatsApp.
Sama juga seperti pekerja. Tuntasnya, orang zaman sekarang perlukan smartphone untuk berhubung dengan orang lain. Namun harga smartphone pastinya lebih mahal dari telefon bimbit biasa.
Jika anda perlu membeli smartphone tetapi tidak mampu untuk bayar sekaligus, anda boleh bayar secara ansuran dengan panduan di bawah.
PANDUAN MEMBELI SMARTPHONE BAYAR BULANAN
Jika anda ingin membeli telefon pintar tetapi ingin buat bayaran bulanan, platform Lazada adalah kaedah terbaik untuk anda! Kalau boleh jangan beli handphone secara berhutang dengan menggunakan kaedah hutang yang biasa. Anda akan dikenakan caj faedah (interest) yang sangat tinggi. Harga telefon RM1,500 mungkin boleh jadi RM3,000!
Cadangan di sini adalah anda gunakan platform Lazada kerana Lazada tidak mengenakan sebarang kadar faedah (Zero interest). Berikut adalah panduan untuk anda beli barangan di Lazada dengan bayaran secara ansuran:
- Pilih Smartphone yang anda mahu. Pastikan di maklumat item tersebut ada tulis “Installment”
- Masukkan item tersebut ke dalam ‘my cart’ anda dan CHECKOUT.
- Untuk membuat pembayaran, pastikan anda pilih ‘Maybank Installment‘ di bahagian Payment Options.
- Anda akan diberi pilihan tempoh bulan(6 bulan/12 bulan) dan bayaran bulanan yang anda mahu buat .
- Masukkan maklumat kad kredit di ruang yang disediakan dan klik ‘PLACE YOUR ORDER’.
Selain daripada smartphone, pelbagai lagi barangan yang ditawarkan oleh Lazada yang boleh dibayar secara ansuran. Syarat untuk membuat installment di Lazada adalah item yang dipilih mestilah berharga RM500 ke atas dan tertera ‘installment’ di maklumat item.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memiliki smartphone idaman anda tanpa rasa terbeban! Untuk pengetahuan anda, selain Lazada, Shopee juga menawarkan pakej installment untuk belian RM500 ke atas bagi memudahkan pelanggan.
Anda boleh semak pautan di bawah untuk cara membuat pembelian installment di Shopee.
Semoga bermanfaat!