Insentif Siswa Yayasan Perak: Tawaran Bantuan One-Off Sehingga RM2,000 Untuk Sambung Pengajian ke IPT
Bantuan berbentuk one-off yang disediakan oleh Yayasan Perak ini adalah secara ‘one-off’ berdasarkan peringkat pengajian bagi meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara.
Mahasiswa Perak yang menerima tawaran ke IPT/IPTS dalam dan luar negara boleh memohon secara atas talian dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke IPT tertakluk kepada syarat-syarat permohonan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak INSIS YP bagi semua peringkat pengajian.
Isi Kandungan
OBJEKTIF BANTUAN
Bantuan yang disalurkan ini adalah bertujuan untuk:
- Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
- Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
- Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
- Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan akan diberikan mengikut peringkat pengajian seperti berikut:
Dalam Negara
- Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional): RM300.00
- Diploma: RM500.00
- Ijazah Sarjana Muda: RM1,000
- Ijazah Sarjana (Master): RM1,500
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD): RM2,000
Luar Negara
- Diploma
– Kategori A: RM1,500
– Kategori B: RM2,500 - Ijazah Sarjana Muda
– Kategori A: RM3,000
– Kategori B: RM5,000 - Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah
– Kategori A RM4,000
– Kategori B: RM6,500
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:
- Anak kelahiran Negeri Perak dan bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun
- Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa/ Pemohon/ Pasangan) di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja/ berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan
- Kemasukan pengajian SEPENUH MASA dan SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja ke IPT yang tersenarai dalam negara
- Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA ke IPT luar negara yang diiktiraf oleh JPA dan MQA
TAHAP PENGAJIAN
Tawaran bantuan dibuka kepada calon yang melanjutkan pengajian tahap berikut:
- Dalam Negara:
Sijil, Sijil & Diploma Vokasional, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) - Luar Negara
Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
CARA MOHON
Permohonan bagi calon yang melanjutkan pengajian dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas boleh dibuat 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke IPT. Permohonan mestilah dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan insentif ditawarkan, anda boleh hubungi talian 05 255 2929.