Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Insentif Potongan Cukai Bagi Sumbangan Kepada Tabung COVID-19. Ambil Peluang Ini Untuk Pelepasan Cukai

Oleh Cikgu Shaari • March 28, 2020 • 2 min baca

Insentif Potongan Cukai Bagi Sumbangan Kepada Tabung COVID-19. Ambil Peluang Ini Untuk Pelepasan Cukai
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengumumkan insentif potongan cukai kepada penderma yang mendermakan wang tunai atau barangan digunakan untuk menangani penularan wabak Covid-19 serta membantu rakyat terkesan dengan wabak berkenaan.

Baca juga: Cara Daftar Skim mySalam

Bahagian Komunikasi LHDN dalam kenyataan hari ini berkata, insentif mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 itu akan diberikan kepada mereka mendermakan wang tunai atau barangan yang akan digunakan untuk menangani penularan dan membantu rakyat yang terkesan akibat wabak berkenaan.

INSENTIF OLEH KERAJAN

Pada masa kini, insentif yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 oleh kerajaan adalah untuk:

  • Tabung COVID-19 (Kementerian Kesihatan Malaysia)
    Jenis sumbangan: Tunai dan Barangan
  • Tabung COVID-19 (Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri)
    Jenis sumbangan: Tunai sahaja
  • Derma kepada Institusi/organisasi yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1957.

Para penyumbang perlu mendapatkan surat akuterima sumbangan daripada penerima sumbangan berserta cop rasmi mengikut format yang akan dikeluarkan Kementerian Kewangan sebelum mengemukakan permohonan potongan cukai itu kepada kementerian terbabit.

Menurut lembaga itu, pembayar cukai yang menderma dinasihatkan menyimpan rekod transaksi sebagai bukti dan perlu memastikan resit atau dokumen disimpan rapi supaya ia boleh dijadikan rujukan ketika pengisian Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2020 dan semakan LHDN.

Orang ramai juga dinasihatkan membuat semakan kesahihan organisasi sebelum membuat sebarang sumbangan bagi mengelakkan penipuan

Insentif Potongan Cukai Bagi Sumbangan Kepada Tabung COVID-19. Ambil Peluang Ini Untuk Pelepasan Cukai Insentif Potongan Cukai Bagi Sumbangan Kepada Tabung COVID-19. Ambil Peluang Ini Untuk Pelepasan Cukai Insentif Potongan Cukai Bagi Sumbangan Kepada Tabung COVID-19. Ambil Peluang Ini Untuk Pelepasan Cukai Insentif Potongan Cukai Bagi Sumbangan Kepada Tabung COVID-19. Ambil Peluang Ini Untuk Pelepasan Cukai Insentif Potongan Cukai Bagi Sumbangan Kepada Tabung COVID-19. Ambil Peluang Ini Untuk Pelepasan Cukai

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.