Info

TEKUN Tawar Penangguhan Pembayaran Balik Pembiayaan TEKUN Selama 6 Bulan. Isi Borang Ini

March 29, 2020Oleh eduadmin1 min baca
Penangguhan Pembayaran Balik Pembiayaan TEKUN

Pelanggan 3 institusi kewangan atau pinjaman wang di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang terkesan akibat Covid-19 dibenar menangguhkan bayaran pembiayaan selama 6 bulan berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, inisiatif moratorium melibatkan Bank Rakyat, SME Bank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) itu dilaksanakan selepas mengambil kira masalah kewangan yang dihadapi pelanggan susulan penularan Covid-19 yang menjejaskan pasaran perniagaan.

Penangguhan Pembayaran Balik Pembiayaan TEKUN

BAGAIMANA MEMBUAT PENANGGUHAN PEMBAYARAN TEKUN

Berikut merupakan inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh TEKUN untuk membantu usahawan TEKUN yang menghadapi masalah perniagaan terjejas susulan wabak Virus Covid-19.

TEKUN boleh mempertimbangkan pelaksanaan berikut kepada usahawan TEKUN yang terjejas:

1. Penangguhan bayaran balik
2. Penjadualan semula
3. Pengeluaran simpanan oleh usahawan TEKUN
4. Pembiayaan bertindih – suntikan modal

Tertakluk kepada terma dan syarat

Usahawan yang terkesan dengan penularan COVID-19 boleh membuat permohonan menangguhkan bayaran balik pembiayaan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Sila isi borang permohonan secara online di:

PENANGGUHAN TEKUN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai penangguhan pembayaran TEKUN sila rujuk FAQ rasmi TEKUN di bawah. Atau anda boleh ke hebahan rasmi penangguhan di sini.

FAQ TEKUN

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

eduadmin

Lihat semua artikel
Update Pantas Join Telegram EduBestari Notis penting, semakan dan artikel terbaru terus ke telefon anda