Insentif Penjana TVET JTM: Permohonan Program Reskilling & Upskilling ILP Melaka 2021
Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk menyertai Program PENJANA (Reskilling & Upskilling) boleh mohon kemasukan yang kini dibuka. Program ini merupakan satu inisiatif yang disediakan bagi memberi peluang latihan dan pekerjaan bagi rakyat Malaysia terutama lepasan SPM, graduan dan pekerja yang diberhentikan kerja.
Setelah tamat latihan, peserta akan mendapat ilmu kemahiran dalam kursus yang ditawarkan dan boleh memasuki pasaran kerja dengan mudah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penyertaan Program PENJANA JTM yang ditawarkan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Program PENJANA (Reskilling & Upskilling) JTM
- Tempat: Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil, Melaka
- Yuran: Dibiayai PENJANA TVET JTM
SENARAI KURSUS DITAWARAKAN
Antara kursus yang ditawarkan adalah:
- Welding – GMA/MIG (Dibiayai – Insentif PENJANA TVET JTM)
- Mekanik Penyelenggaraan Penghawa Dingin (Domestik) – Air Conditioning System Trouble Shoot And Repair (Dibiayai – Insentif PENJANA TVET JTM)
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat permohonan yang perlu dipenuhi untuk pemohon yang berminat:
- Berumur 18 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia
- Kategori pemohon: Orang awam, pekerja industri, lepasan sekolah/institusi pengajian tinggi, pencari kerja
CARA MEMOHON
Orang ramai yang berminat untuk mohon dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan melalui borang secara online yang disediakan di pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh hubungi:
- Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran
Institut Latihan Perindustrian
Bukit Katil, Lot 4345, Jalan Tun Telani,
Mukim Bukit Katil, Hang Tuah Jaya,
75450 Bukit Katil,
Melaka - Tel: 06 – 232 0600
- WhatsApp: 013 288 8771