Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Mohon Bantuan RM200 Untuk Buka Akaun Bank Syarikat/ Akaun Semasa Perniagaan

Oleh Cikgu Shaari • March 19, 2021 • 2 min baca

Mohon Bantuan RM200 Untuk Buka Akaun Bank Syarikat/ Akaun Semasa Perniagaan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) menawarkan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat khas buat usahawan di Johor sebagai kemudahan untuk golongan ini membuka akaun bank khas untuk perniagaan.

Bantuan tunai secara one-off berjumlah RM200 akan dikreditkan terus ke dalam akaun syarikat/ semasa pemohon yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Insentif Pembukaan Akaun Syarikat yang ditawarkan.

INSENTIF PEMBUKAAN AKAUN SYARIKAT

Antara kemudahan yang disediakan di bawah bantuan ini adalah:

  • Proses pembukaan akaun syarikat/semasa TANPA INTRODUSER
  • Pembukaan akaun syarikat/semasa dengan nilai deposit yang MINIMA (Tertakluk kepada terma dan syarat dari pihak bank
  • Pemohon yang berjaya akan menerima insentif tunai berjumlah RM200 dari Kerajaan Negeri Johor
  • Bantuan RM200 akan dikreditkan terus ke akaun syarikat/ semasa pemohon

INSTITUSI BANK TERLIBAT

Program jalinan kerjasama bersama institusi perbankan iaitu:

  • Affin Islamic Bank
  • AgroBank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • MBSB Bank
  • RHB Bank

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah:

  • Warganegara Malaysia dan penduduk tetap negeri Johor atau telah bermaustatin di negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Permohonan dibuka kepada individu yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan beroperasi
  • Terbuka kepada syarikat dalam sektor Pembuatan dan Perkhidmatan. Keutamaan kepada usahawan PKS dalam kategori Mikro
  • Pemohon hanya layak untuk memohon satu permohonan sahaja dan menjadi keutamaan kepada pemohon yang tidak pernah memiliki akaun syarikat/semasa

CARA MOHON

Usahawan Johor yang memenuhi syarat kelayakan di atas boleh buat permohonan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat sekarang dengan mengisi borang permohonan secara atas talian yang disediakan.

Borang permohonan online boleh diisi di pautan berikut:

Berikut adalah carta alir penerimaan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat Kerajaan Negeri Johor:

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Jabatan Program dan Pembangunan Usahawan PUJB di talian berikut:

  • Tel: 07 510 2542
  • Emel: jabatanprogram.pujb@gmail.com

Mohon Bantuan RM200 Untuk Buka Akaun Bank Syarikat/ Akaun Semasa Perniagaan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.