Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Mohon Insentif RM500 Pemandu Pelancong & Agensi Pelancongan Johor

Oleh Cikgu Shaari • May 18, 2021 • 2 min baca

Mohon Insentif RM500 Pemandu Pelancong & Agensi Pelancongan Johor
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Johor (MOTAC) menawarkan bantuan insentif kewangan kepada pemandu pelancong dan syarikat agensi pelancongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19.

Bantuan ini diberikan dengan matlamat untuk membantu golongan yang terjejas teruk akibat pandemik ini menghadapi saat-saat yang sukar memandangkan sektor pelancongan sudah lebih setahun kurang memberangsangkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan insentif oleh MOTAC Johor.

KADAR BANTUAN

Setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak:

  • RM500

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

i) Pemandu Pelancong

  • Pemohon berdaftar sebagai Pemandu Pelancong dengan MOTAC Negeri Johor sebelum 30 April 2020.
  • Permohonan yang dihantar mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana berikut:
    a) Salinan Kad Pengenalan
    b) Salinan Lesen Pemandu Pelancong
    c) Salinan akaun bank yang sah dan milik pemohon
    d) Jumlah bilangan tugasan sepanjang tahun 2019 dan 2020
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor.
  • Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
  • Pemohon diwajibkan menghadiri kursus pengukuhan bagi pemandu pelancong yang akan dimaklumkan kelak.

ii) Agensi Pelancongan

  • Mempunyai Lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan yang sah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
  • Mempunyai salinan akaun bank yang sah yang memaparkan nama bank dan nombor akaun dengan jelas.
  • Pemohon mestilah syarikat tempatan yang berada di Negeri Johor.
  • Pemohon mestilah agensi pelancongan yang mempromosi dan membawa pelancong ke Negeri Johor sahaja.
  • Pemohon diwajibkan untuk menyertakan pakej pelancongan Johor yang sedia ada serta statistik jualan pakej pelancongan tahun 2017-2020.
  • Pemohon yang telah membuat Permohonan Insentif Agensi Pelancongan pada fasa 1 tidak dibenarkan membuat permohonan.

CARA MEMOHON

Sekiranya anda merupakan pemandu pelancong atau sebahagian daripada agensi pelancongan yang memenuhi syarat kelayakan di atas, permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

Tarikh tutup permohonan: 31 Mei 2021

Pemohon diminta untuk isi maklumat yang diminta dengan lengkap dan muat naik semua dokumen yang diperlukan. Klik butang SUBMIT untuk hantar permohonan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://tourism.johor.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.