Mohon Insentif RM500 Pemandu Pelancong & Agensi Pelancongan Johor
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Johor (MOTAC) menawarkan bantuan insentif kewangan kepada pemandu pelancong dan syarikat agensi pelancongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19.
Bantuan ini diberikan dengan matlamat untuk membantu golongan yang terjejas teruk akibat pandemik ini menghadapi saat-saat yang sukar memandangkan sektor pelancongan sudah lebih setahun kurang memberangsangkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan insentif oleh MOTAC Johor.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak:
- RM500
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
i) Pemandu Pelancong
- Pemohon berdaftar sebagai Pemandu Pelancong dengan MOTAC Negeri Johor sebelum 30 April 2020.
- Permohonan yang dihantar mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana berikut:
a) Salinan Kad Pengenalan
b) Salinan Lesen Pemandu Pelancong
c) Salinan akaun bank yang sah dan milik pemohon
d) Jumlah bilangan tugasan sepanjang tahun 2019 dan 2020 - Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor.
- Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
- Pemohon diwajibkan menghadiri kursus pengukuhan bagi pemandu pelancong yang akan dimaklumkan kelak.
ii) Agensi Pelancongan
- Mempunyai Lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan yang sah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
- Mempunyai salinan akaun bank yang sah yang memaparkan nama bank dan nombor akaun dengan jelas.
- Pemohon mestilah syarikat tempatan yang berada di Negeri Johor.
- Pemohon mestilah agensi pelancongan yang mempromosi dan membawa pelancong ke Negeri Johor sahaja.
- Pemohon diwajibkan untuk menyertakan pakej pelancongan Johor yang sedia ada serta statistik jualan pakej pelancongan tahun 2017-2020.
- Pemohon yang telah membuat Permohonan Insentif Agensi Pelancongan pada fasa 1 tidak dibenarkan membuat permohonan.
CARA MEMOHON
Sekiranya anda merupakan pemandu pelancong atau sebahagian daripada agensi pelancongan yang memenuhi syarat kelayakan di atas, permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
- Pemandu Pelancong: https://docs.google.com/forms/u/1/d/e/1FAIpQLSfUpv8oKIaZqAk0xBb1Yo77A2ugdDhPKNY7GoL41PKYouTKEQ/viewform?usp=send_form
- Syarikat Pelancongan
https://forms.gle/Z5mEQNQxD9gtShKM9?fbclid=IwAR1i5EwyUaddORmpO8NYl-jEkyubO1xze2fOawqsffWV_jllLap4LgVgnOI
Tarikh tutup permohonan: 31 Mei 2021
Pemohon diminta untuk isi maklumat yang diminta dengan lengkap dan muat naik semua dokumen yang diperlukan. Klik butang SUBMIT untuk hantar permohonan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://tourism.johor.my